Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Jangan sembarangan... Ketahui bahaya pewarna rambut kimia!

Ramai antara kita pernah mewarnakan rambut, sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup sama ada untuk tujuan kecantikan, menutup uban atau pun sekadar mengikut trend semasa.

Anggaran Waktu Membaca:
Jangan sembarangan... Ketahui bahaya pewarna rambut kimia!

Gambar hiasan.

Diterbitkan : 01 Nov 2019 10:25PM Dikemas Kini : 01 Nov 2019 10:34PM

PERANCIS: Ramai antara kita pernah mewarnakan rambut, sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup sama ada untuk tujuan kecantikan, menutup uban atau pun sekadar mengikut trend semasa.

Menurut satu kajian, lebih daripada 35 peratus wanita dan 20 peratus lelaki menggunakan pewarna rambut yang mengandungi bahan kimia.

Tapi tahukan anda, penggunaan bahan kimia dalam pewarna rambut bukan sahaja mempengaruhi rambut tetapi juga kesihatan anda secara keseluruhannya!

Kajian dilakukan juga mendapati mewarna rambut yang mempunyai bahan kimia dapat meningkatkan risiko barah darah seperti limfoma dan leukemia.

Ini kerana pewarna rambut mengandungi lebih daripada 5,000 bahan kimia yang ada di antaranya bersifat karsinogen iaitu agen yang mengakibatkan barah dalam tisu hidup seperti asbestos, benzena dan lain-lain.

Bagaimanapun sejak era 1980-an, semua produk pewarna rambut diformulasikan semula untuk mengeluarkan bahan-bahan berbahaya itu.

Pada 2010, Agensi Antarabangsa bagi Kajian Barah, mengumumkan tiada sebarang bukti kukuh untuk mengatakan penggunaan pewarna rambut meningkatkan risiko barah.

Bagaimanapun satu kajian lain pula mendapati bahawa individu yang mempunyai potensi terkena barah disebabkan genetik boleh meningkatkan risiko jika menggunakan produk pewarna rambut kimia.

Paling baik adalah cari alternatif lain seperti menggunakan pewarna rambut inai (henna) atau grapheme.

Henna merupakan pewarna rambut dari tumbuh-tumbuhan yang mampu bertahan sehingga enam minggu manakal grapheme adalah alternatif pewarna rambut tidak beracun.

Ia bukan sahaja tidak mempunyai bahan kimia sebaliknya mampu bertahan dengan 30 kali cucian namun sayangnya ia hanya didatangkan dalam dua warna sahaja iaitu hitam dan coklat.

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan