Jangan rujuk 'pakar FB' bagi masalah rumah tangga
Merujuk kepada 'pakar' laman sosial sebagai alternatif menyelesaikan masalah peribadi termasuk perihal rumah tangga hanya meninggalkan kesan negatif.
HULU TERENGGANU: Merujuk kepada 'pakar' laman sosial sebagai alternatif menyelesaikan masalah peribadi termasuk perihal rumah tangga hanya meninggalkan kesan negatif.
Demikian nasihat Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Seri Jailani Johari. Beliau berkata tindakan menggunakan wadah seperti itu hanya membuka ruang dan peluang kepada pihak lain untuk mengambil kesempatan, lapor laman Astro Awani.
Menurut Datuk Seri Jailani, trend meluahkan permasalahan di laman sosial seperti Facebook juga mengundang padah dan boleh membawa kepada penceraian.
"Kita banyak wadah, jadi carilah orang yang sesuai ataupun orang yang berautoriti untuk kita membicarakan masalah peribadi kita. Kalau kita ada masalah keluarga, jangan kita gunakan laman sosial yang kita tahu akan mencercakan kita.
"Kita mesti periksa setiap masa, siapa yang berautoriti untuk memberi pandangan dan nasihat bagi masalah kita," katanya hari ini (20 Jan), seperti yang ditukil Astro Awani.
Datuk Seri Jailani berkata pada zaman yang moden ini, orang ramai perlu lebih berhati-hati dan sensitif setiap kali memuat naik status di laman sosial.
Katanya, mereka perlu mengambil sikap ambil peduli dengan setiap luahan yang dipaparkan di laman sosial mereka kerana ianya dapat menyelamatkan hubungan kekeluargaan dan menggelakkan kes penceraian, lapor Astro Awani.
Sebelum ini, Ketua Hakim Syarie Terengganu, Wan Mohd Zakri Wan Mohd berkata penggunaan media sosial dengan cara yang negatif boleh menjurus kepada faktor penceraian.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.