Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Jangan masukkan minyak semasa merebus pasta. Ini sebabnya...

Tidak kira sejauh mana panasnya air yang digunakan semasa merebus pasta, molekul-molekul air tidak akan bersatu dengan molekul minyak.

Anggaran Waktu Membaca:
Jangan masukkan minyak semasa merebus pasta. Ini sebabnya...

Gambar hiasan pasta. (Gambar: MARTIN BUREAU / AFP)

Diterbitkan : 22 Feb 2018 08:07PM Dikemas Kini : 26 Feb 2018 09:29AM

BERITAMediacorp: Apabila merebus pasta, lazimnya kita akan meletakkan sedikit minyak supaya pasta tidak melekat.

Namun ramai yang terlupa bahawa minyak dan air tidak akan menjadi satu.

Tidak kira sejauh mana panasnya air yang digunakan semasa merebus pasta, molekul-molekul air tidak akan bersatu dengan molekul minyak.

Ini bermakna, hanya sedikit atau mungkin tiada minyak yang akan menyerap ke dalam pasta sedang ia direbus, lapor laman Curiosity.

Malah, perbuatan menambah minyak itu hanya akan menjejas hidangan anda. Pasta itu akan bercampur dengan minyak hanya setelah airnya ditoskan.

Pada waktu itu, minyak hanya akan menyaluti bahagian luaran pasta dan ini kemudian akan menghalang sos daripada bersalut dengan rata pada pasta.

Pasta akan melekat apabila molekul kanji yang ada padanya menyerap terlalu banyak air panas sehingga menyebabkan ia meletup, lapor laman Curiosity.

Ini menyebabkan sebahagian kandungan kanji keluar dan menyaluti bahagian luar pasta selama beberapa minit pada permulaan proses memasak.

Sekalipun begitu, ia boleh larut dan dicuci dan pasta tidak akan melekat lagi.

Selain itu, pasta juga mungkin tidak akan melekat sekiranya ia terus digaul.

Itulah sebabnya seorang pakar, Alton Brown, menyarankan supaya anda menggunakan periuk yang besar dan air yang banyak, tidak kurang daripada empat liter kerana ini dapat memberikan lebih banyak ruang untuk pasta digaul.

Ini juga sebabnya kebanyakan resepi menggesa anda supaya segera menggaul pasta semasa mula merebusnya atau memasaknya, sebelum terus digaul secara sekejap-sekejap, lapor laman Curiosity.

Jika anda berdepan masalah pasta yang melekat antara satu sama lain sebaik saja ia sudah dimasak, jangan bimbang. Berikut dua tips untuk menanganinya:

1) Rebus pasta anda dalam masa yang sama dengan kuahnya supaya kedua-duanya selesai dimasak pada waktu yang sama.

Malah, campurkan pasta pada sosnya semasa kedua-duanya masih panas adalah cara terbaik bagi memastikan pasta dapat menyerap paling banyak sos.

2) Jangan toskan semua sekali air rebusan pasta. Simpan sedikit dan gunakannya untuk meleraikan pasta yang melekat antara satu sama lain sebelum anda menghidangkannya.

Cara ini juga berguna kerana kanji yang sudah larut dalam air rebusan itu membantu memekatkan sosnya.

Sumber : Agensi berita/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan