Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Jangan malas! Naik tangga... bukan sahaja senaman bakar kalori, juga mampu jaga kesihatan mental anda

Ramai di antara kita jarang melakukan senaman secara konsisten disebabkan oleh kesibukan urusan harian sehingga kesihatan diri terabai.

Anggaran Waktu Membaca:
Jangan malas! Naik tangga... bukan sahaja senaman bakar kalori, juga mampu jaga kesihatan mental anda

(Gambar: Unsplash)

Diterbitkan : 16 Jan 2020 06:37PM Dikemas Kini : 16 Jan 2020 06:42PM

KUALA LUMPUR: Ramai di antara kita jarang melakukan senaman secara konsisten disebabkan oleh kesibukan urusan harian sehingga kesihatan diri terabai.

Namun, itu bukan lagi alasan kerana terdapat banyak cara untuk membakar kalori dan salah satu caranya adalah dengan menaiki tangga.

Apa kata mulai hari ini cuba elak menggunakan lif dan menaiki tangga ketika bekerja kerana ia mempunyai banyak kebaikan untuk kesihatan termasuk lapan perkara ini;

1. Mengurangkan risiko angin ahmar

Berdasarkan kajian bertajuk 'Promoting Stair Climbing as an Exercise Routine among Healthy Older Adults' yang diterbitkan MDPI 2019 menyebut, rutin menaiki tangga secara konsisten (sekitar 20 hingga 34 anak tangga seminggu) dapat menurunkan risiko serangan angin ahmar, selain meningkatkan denyutan jantung dan menurunkan kesan fisiologi kepada warga emas.

2. Membakar lebih banyak kalori

Menurut jurnal diterbitkan BMC Public Health pada 2012, menaiki tangga dapat membantu membakar lebih banyak kalori dalam kiraan seminit daripada berjoging atau melakukan aktiviti mendayung.

3. Menguatkan otot

Jurnal bertajuk 'The effect of step climbing exercise on balance and step length in chronic stroke patients (2015)' pula menyatakan, menaiki tangga dapat menguatkan otot kaki kerana ia melibatkan gerakan secara vertikal dan horizontal selain menjaga keseimbangan badan.

4. Meningkatkan fungsi paru-paru

Aktiviti naik tangga juga dapat membantu meningkatkan fungsi paru-paru seseorang, malah ia juga baik buat mereka yang menghidap masalah paru-paru.

5. Menurunkan kadar kematian

Kajian berjudul 'Stair-Climbing Capacity as a Marker of Improvement Following Pulmonary Rehabilitation' yang diterbitkan oleh Preventive Medicine Reports (2019) menyatakan memanjat tangga secara konsisten berpotensi membantu mengurangkan risiko pelbagai penyakit seperti kencing manis, jantung dan barah.

6. Meningkatkan kesihatan mental

Selain bermanfaat untuk kesihatan fizikal, menaiki tangga juga membantu meningkatkan kerja kognitif berbanding sesi senaman berat.

Ia sekaligus dapat menjaga fungsi mental agar sentiasa lebih fokus dan terhindar daripada sebarang penyakit berkaitan mental seperti kemurungan dan kebimbangan melampau.

7. Mencegah risiko osteoporosis

Osteoporosis adalah masalah kesihatan global berkaitan dengan tulang. Amalan menaiki tangga dan berjalan kaki mampu membantu mencegah tulang mereput.

8. Meningkatkan sensitiviti insulin

Bagi pesakit penyakit kencing manis, amalan menaiki tangga dalam tempoh pendek dapat menurunkan kadar gula dalam darah sekaligus meningkatkan sensitiviti insulin dalam badan.

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan