Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Jangan lupa cuci dulu pakaian baru sebelum menyarungnya

Siapa yang tidak teruja  melaram dengan pakaian baru lebih-lebih lagi semasa acara atau sambutan istimewa seperti Lebaran tidak lama lagi?

Anggaran Waktu Membaca:
Jangan lupa cuci dulu pakaian baru sebelum menyarungnya
Diterbitkan : 21 May 2020 12:11AM Dikemas Kini : 21 May 2020 12:13AM

UNTED KINGDOM: Siapa yang tidak teruja melaram dengan pakaian baru lebih-lebih lagi semasa acara atau sambutan istimewa seperti Lebaran tidak lama lagi?

Namun sebelum itu, ada satu perkara penting yang harus dilakukan sebelum menyarungkan persalinan baru ke badan - cucinya terlebih dahulu.

Ini tidak kira dari mana ia dibeli sekalipun, baik menerusi wadah online mahupun di kedai fizikal.

Pakar pengeluar pakaian Lana Hogue menjelaskan kepada majalah Elle, seperti dipetik dalam Cosmopolitan: "Anda sememangnya perlu membasuh pakaian sebelum memakainya lebih-lebih lagi yang langsung menyentuh kulit anda dan terpalit peluh anda."

Ini kerana, jelas beliau, ia bukan hanya disebabkan orang lain juga pernah mencuba pakaian berkenaan tetapi juga kemungkinan terdapat potensi bahaya daripada bahan kimia pada pakaian ketika proses pembuatan.

"Kebanyakan bahan kimia yang digunakan dalam mencelup kain membolehkan ia untuk diproses melalui peralatan berputar sekali gus menyebabkan kerengsaan pada kulit," terang Cik Hogue.

Bahan-bahan dalam pewarna dan agen anti cendawan yang disembur ke tekstil pakaian berbeza-beza mengikut negara pembuatan. Setiap negara mempunyai undang-undang berbeza mengenai penggunaan kimia.

Cik Hogue memberitahu Elle formalin (sejenis bahan organik semula jadi dengan formula CH2O) adalah karsinogen kategori tiga - tahap bahaya paling rendah - dan jumlahnya yang sangat kecil membuatkan ia tidak akan kekal menjadi ancaman untuk tempoh berpanjangan.

"Tetapi (walaupun kecil) siapa yang mahu terdedah dengan karsinogen (bahan yang boleh menyebabkan barah).

"Jadi jika tidak mahu mengambil risiko, seeloknya anda membasuh pakaian terlebih dahulu," ujar beliau.

Cik Hogue juga mendedahkan antara pakaian yang perlu terus dibasuh sebelum dipakai termasuk pakaian dalam, baju-T dan pakaian gimnasium bagi mengelakkan sisa peluh atau bahan kimia hinggap ke badan. 

Sumber : Agensi berita/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan