Images
  • biji nangka main pic
    Biji nangka mempunyai beberapa manfaat bagi kesihatan. (Gambar: 2012 Merdeka.com)

Jangan buang biji nangka! Ini 6 manfaat kepada kesihatan anda - dari rambut hingga organ dalaman

INDONESIA: Isi buah nangka biasanya dimakan begitu sahaja dan sudah cukup sedap. Jika digandingkan dengan kuah pengat - wah! Sedap dan lemak manis rasanya.

Namun, buah nangka juga sangat kaya dengan vitamin, galian, dan serat.

Bahkan, tidak hanya isinya yang berkhasiat, ternyata biji nangka yang direbus ada banyak manfaatnya untuk kesihatan, termasuk meningkatkan sistem penghadaman, dan menurunkan kadar kolesterol, seperti yang dikongsi oleh laman Merdeka.com:

1. BANTU PENGHADAMAN


(Gambar: shutterstock.com)

Menurut laman Healthline, biji nangka dipercayai dapat membantu sistem penghadaman kerana kandungan seratnya membantu membuat kotoran lebih lembut, lantas pergerakan usus.

Ini juga bermakna meredakan masalah sembelit, melindungi anda dari penyakit radang usus dan meredakan masalah buasir.

2. SIFAT ANTI BARAH


(Gambar: Karolina Grabowska/Pexels)

Beberapa penelitian menunjukkan bahawa biji nangka memiliki sifat anti barah. Ini kerana biji nangka kaya dengan antioksidan khususnya flavonoid, saponin, dan fenolat.

Ia juga dapat membantu melawan keradangan, meningkatkan sistem kekebalan tubuh, bahkan memperbaiki kerosakan DNA.

3. TURUNKAN KADAR KOLESTEROL


(Gambar: Hush Naidoo/Unsplash)

Kandungan serat dan antioksidan yang tinggi bermakna biji nangka dapat menurunkan kadar kolesterol jahat atau 'low-density lipoprotein'.

Ia juga dapat meningkatkan kolesterol baik atau 'high-density lipoprotein' bagi melindungi jantung.

4. JAGA KESIHATAN KULIT


(Gambar: Shutterstock)

Bagi anda yang mempunyai masalah kulit, khasiat biji nangka membantu dalam pembentukan kolagen.

Kandungan antioksidan semula jadi dan vitamin C pada biji nangka juga baik untuk melindungi anda daripada masalah kulit akibat sinar matahari.

Selain itu, biji nangka juga berkesan mengatasi pelbagai tanda-tanda penuaan seperti kedut dan lingkaran hitam di bawah mata, serta mengatasi masalah jerawat.

5. JAGA KESIHATAN RAMBUT


(Gambar: 2020 Merdeka.com/fimela.com)

Sifat antimikrob dari biji nangka mampu mengatasi pelbagai jangkitan kulit kepala dan rambut.

Ia juga dapat memelihara folikel rambut dengan nutrisi penting, memperkuatkan rambut dari akar, serta mencegah rambut gugur akibat tekanan.

6. TINGKATKAN DAYA PENGLIHATAN


(Gambar: Ani Kolleshi/Unsplash)

Biji nangka juga ternyata dapat meningkatkan daya penglihatan kerana kandungan vitamin A.

Jika anda menerapkan rutin makan biji nangka yang direbus atau tepung biji nangka, ini dapat membantu mencegah penyakit mata seperti rabun malam dan xeroftalmia atau kekeringan konjunktiva dan kornea akibat kekurangan vitamin A.

Meski begitu, barang diingat - biji nangka dapat menghambat penyerapan nutrisi jika dimakan mentah selain meningkatkan risiko pendarahan pada orang yang perlu makan ubat-ubat tertentu. 

- Agensi berita/NJ/nj

Top