Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Jangan biarkan kereta anda bau hapak... Ini 5 cara mudah wangikan kenderaan anda

Masalah kereta berbau lebih kerap berlaku di negara-negara yang mempunyai cuaca tropika dan kelembapan tinggi.

Anggaran Waktu Membaca:

KUALA LUMPUR: Masalah kereta berbau lebih kerap berlaku di negara-negara yang mempunyai cuaca tropika dan kelembapan tinggi.

Ini apatah lagi jika hujan turun setiap hari dan air hujan yang membasahi tubuh anda meresap ke dalam kusyen tempat duduk kereta.

Bagi ramai pemilik kereta, ini merupakan antara masalah utama yang dihadapi yang akhirnya akan menyebabkan kereta mereka mula berbau hapak dan busuk.

Bukan sahaja kereta berbau merupakan sesuatu yang tidak menyenangkan, para pemilik mungkin segan untuk menumpangkan orang lain kerana malu kereta mereka berbau.

Selain daripada menggunakan produk-produk semburan di pasar raya bagi menghilangkan bau dalam kereta, bahan-bahan semula jadi juga sebenarnya boleh digunakan utuk mengatasi masalah itu.

KOPI

Untuk mengurangkan bau hapak dalam kereta, anda boleh gunakan biji kopi.

Letakkan beberapa biji kopi dalam bungkusan kain yang diikat lalu letakkan bungkusan itu di bawah kerusi kereta.

Selain itu, anda juga boleh gantungkan bungkusan biji kopi itu berhampiran dengan tempat alat hawa dingin kereta.

ARANG

Selain daripada biji kopi, anda juga boleh gunakan arang untuk menyerap kelembapan dan bau hapak dalam kereta.

Ambil beberapa ketul arang lalu letakkannya di atas lantai kereta, terutama sekali di bawah tempat duduk penumpang di depan.

Anda juga boleh membungkus arang dalam kain yang sudah ditebuk lubang.

PANDAN

Daun pandan yang cukup sinonim sebagai bahan untuk membangkitkan bau wangi dalam masakan tempatan juga boleh digunakan untuk mengatasi bau hapak dalam kereta.

Ikat beberapa keping daun pandan lalu letakkannya di atas lantai kereta.

Anda juga boleh menghiris daun pandan secara halus lalu bungkuskannya dalam kain seperti sup bunjut.

LIMAU NIPIS ATAU KASTURI

Jika sebarang minuman tertumpah dalam kereta, ini pasti sekali akan mendatangkan bahana kepada kenderaan itu.

Ini lebih-lebih lagi jika ia minuman manis seperti minuman coklat.

Ini kerana kesan tumpahan itu boleh menimbulkan bau yang sangat masam.

Bagi mengelakkan perkara itu daripada berlaku, anda boleh gunakan buah limau nipis atau kasturi.

Selepas kawasan yang terkena tumpahan air itu dibersihkan, anda boleh perahkan hirisan limau di kawasan itu untuk menghilangkan sebarang bau.

LIMAU

Serupa dengan limau nipis dengan kasturi, buah limau mempunyai fungsi yang lebih kurang sama.

Kulit limau boleh digunakan untuk menghilangkan bau hapak dalam kereta.

Hiriskan kulit limau lalu letakkannya dalam sehelai kain kecil.

Kemudian, letakkan bungkusan itu dalam kereta berhampiran dengan alat hawa dingin. 

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan