Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Jakarta akan jadi bandar raya mega paling ramai penduduk menjelang 2030

Jakarta, ibu kota Indonesia akan mengatasi Tokyo sebagai bandar raya mega paling ramai penduduk di dunia menjelang 2030. 

Anggaran Waktu Membaca:
Jakarta akan jadi bandar raya mega paling ramai penduduk menjelang 2030

Jakarta akan menjadi bandar raya membangun pertama yang memegang gelaran bandar raya mega terbesar di dunia, dengan 35.6 juta penduduk pada 2030. (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 04 Oct 2018 09:07PM Dikemas Kini : 05 Oct 2018 12:25AM

KUALA LUMPUR: Jakarta, ibu kota Indonesia akan mengatasi Tokyo sebagai bandar raya mega paling ramai penduduk di dunia menjelang 2030. Demikian menurut laporan "Bandar Raya Mega: Membangunkan Dominasi Negara" yang dikeluarkan Euromonitor International.

Menurut kenyataan Euromonitor International, ini akan menandakan era baru dalam sejarah bandar kerana Jakarta akan menjadi bandar raya membangun pertama yang memegang gelaran bandar raya mega terbesar di dunia, dengan 35.6 juta penduduk pada 2030.

Tokyo, ibu kota Jepun akan kehilangan kedudukan yang dipegangnya sejak tahun 1950-an dengan penurunan dua juta penduduk, berikutan fenomena penuaan yang berlaku di rantau yang maju.

"Beberapa bandar raya di Asia Timur yang lain juga dipengaruhi oleh trend penuaan. Seoul, ibu kota Korea Selatan akan menambah 2.5 juta penduduk berumur lebih 65 tahun antara 2017 hingga 2030, diikuti oleh Shanghai, China dengan 2.2 juta penduduk dan Beijing, ibu kota China dengan 1.8 juta penduduk", kata penganalisis kanan bandar raya di Euromonitor International, Fransua Vytautas Razvadauskas.

Data Euromonitor International menunjukkan bahawa 15 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar dunia dijangka datang daripada bandar raya mega kerana 60 peratus daripada penduduk dunia akan tinggal di bandar menjelang 2030.

"Walaupun terdapat perubahan dalam landskap bandar raya mega, pasaran pengguna utama masa depan masih berada di bandar raya mega maju yang menjaminkan pendapatan lebih tinggi, di samping perumahan, penjagaan kesihatan dan infrastruktur pengangkutan yang lebih canggih," tambah Encik Razvadauskas.

Euromonitor International adalah syarikat penyelidikan pasaran global yang menyediakan perisikan perniagaan dan analisis pasaran strategik global. Maklumat lanjut boleh diperolehi melalui oleh www.euromonitor.com.

Sumber : Bernama/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan