Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

iPhone XS, XS Max dijual hari ini

Dua model iPhone terbaru mula dijual di seluruh dunia hari ini (21 Sep) termasuk Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 21 Sep 2018 09:52PM Dikemas Kini : 22 Sep 2018 12:36AM

SINGAPURA: Dua model iPhone terbaru mula dijual di seluruh dunia hari ini (21 Sep) termasuk Singapura. Di Apple Store Singapura, sehingga 800 orang beratur untuk membeli iPhone XS dan XS Max sebelum pintunya dibuka 8.00 pagi tadi (21 Sep).

Hari ini juga, beribu-ribu orang lagi membanjiri kedai itu sepanjang hari sebagai pelanggan-pelanggan masuk terus atau prapesanan.

Bagi sesetengah pengunjung yang sudah memiliki iPhone X, yang dilancarkan tahun lalu, membelanjakan wang untuk mendapatkan siri terbarunya itu dianggap amat berbaloi.

"Saya sangat gembira sebab saya sudah membuat tempahan sejak seminggu lalu dan saya juga pelanggan terawal untuk mendapatkan iPhone terbaru ini," kata Mahathir, salah seorang pelanggan Apple Store Singapura.

Singapura merupakan satu-satunya negara di Asia Tenggara yang mempunyai gedung Apple.

Di negara-negara lain di rantau ini pula, iPhone baru itu hanya akan mula dijual dalam masa beberapa bulan kemudian. Maka itu, tidak hairanlah kebanyakan pelanggan hari ini merupakan pelancong daripada negara-negara jiran.

"Sudah memang rutin tahunan jadi setiap tahun itu pasti beli dan datang ke sini. Soalnya kalau tunggu di Indonesia, lama. Jadi lebih dekat ke sini," kata Sony, seorang warga Indonesia yang mula beratur sejak pukul 9.00 pagi.

Namun, pasaran telefon bijak di Singapura sedang melalui satu fasa anjakan.

Berdasarkan penyelidikan pasaran, jenama telefon bijak China menguasai 20 peratus pasaran buat kali pertama dalam negara, sepanjang tempoh Januari hingga Ogos tahun ini.

Di peringkat global, Huawei mendahului Apple sebagai jenama telefon bijak kedua paling laris dengan Samsung di tangga pertama.

Satu lagi model iPhone, XR, akan dilancarkan tahun ini dan mula dijual bulan depan. 

Sumber : CNA/FZ/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan