Images
  • iphone xr 1
    iPhone XR dilancarkan selepas dua model baru iPhone dikeluarkan. 

iPhone XR boleh ditempah mulai 19 Okt

SINGAPURA: Mereka yang merancang untuk membeli iPhone XR boleh membuat tempahan bermula esok (19 Okt), jam 3.01 petang, umum Apple Singapore.

Dijual pada harga dari S$1,229, para pelanggan boleh membuat tempahan bagi telefon bijak itu melalui aplikasi Apple Store atau laman rasminya, apple.com/sg.

iPhone XR ditawarkan dalam lima warna: Hitam, putih, kuning, merah jambu dan merah (edisi khas). Para pembeli juga boleh memilih iPhone XR mengikut memori dalamannya yang ditawarkan dengan pilihan 64GB, 128GB dan 256GB.

iPhone XR akan dijual di lebih 50 negara dan wilayah termasuk Singapura bermula 26 Oktober, menurut Apple Singapore dalam kenyataan medianya semalam (17 Okt).


(Gambar: Apple Singapore)

Apple melancarkan iPhone XR, di samping model iPhone XS dan XS max yang lebih mahal, serta Apple Watch Series 4 pada 13 September lalu.

Bulan lalu, beratus-ratus orang beratur di depan kedai Apple di Orchard Road, sehari sebelum pelancaran iPhone XS dan XS Max.


- CNA/AQ/aq

Top