Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

iPhone 13 akan ada mod satelit; boleh buat panggilan, hantar mesej tanpa rangkaian 4G & 5G

iPhone terbaru Apple akan menawarkan teknologi yang membolehkannya bersambung pada satelit lantas membolehkan pengguna membuat panggilan dan menghantar mesej ketika berada di luar rangkaian 4G atau 5G, menurut laporan baru penganalisis.

Anggaran Waktu Membaca:
iPhone 13 akan ada mod satelit; boleh buat panggilan, hantar mesej tanpa rangkaian 4G & 5G

(Gambar: Regis Duvignau/REUTERS)

Diterbitkan : 01 Sep 2021 01:11PM Dikemas Kini : 01 Sep 2021 01:16PM

WASHINGTON: iPhone terbaru Apple akan menawarkan teknologi yang membolehkannya bersambung pada satelit lantas membolehkan pengguna membuat panggilan dan menghantar mesej ketika berada di luar rangkaian 4G atau 5G, menurut laporan baru penganalisis.

Penganalisis TF International Securities, Ming-Chi Kuo, berkata peranti baru itu akan memaparkan cip Qualcomm rekaan khusus yang membolehkan perhubungan satelit orbit bumi rendah (LEO). Ini sekali gus menjadikan iPhone seterusnya sebuah telefon bijak, menurut satu laporan yang disaksikan oleh MacRumors, seperti ditukil oleh DailyMail.com.

Penganalisis itu berkata Qualcomm sedang berganding bahu dengan Globalstar untuk mengeluarkan cip itu, satu versi yang disesuaikan daripada cip jalur asas X60 Qualcomm.

Kuo menambah "senario paling mudah" untuk mendapatkan ketersambungan adalah untuk mendapatkan pengendali rangkaian seperti AT&T atau Verizon bekerjasama dengan Globalstar.

Dalam kes ini, pelanggan AT&T atau Verizon akan dapat menggunakan perkhidmatan Globalstar tanpa kontrak atau pembayaran tambahan.

Buat masa ini, Globalstar mempunyai 48 satelit LEO dalam operasi, menurut Aerospace Technology seperti ditukil DailyMail.com.

Buat masa ini, belum jelas sama ada kiriman mesej dan panggilan melalui satelit akan disediakan bagi iMessage dan FaceTime atau untuk semua bentuk perhubungan di iPhone, lapor 9to5Mac.

Selain teknologi yang berpotensi menjadi sebahagian daripada telefon iPhone seterusnya, Kuo berkata ia mungkin sebahagian daripada peranti Apple pada masa hadapan. Ini termasuk fon kepala realiti tambahan (AR), Apple Car dan produk lain.

Satelit Globalstar menerima isyarat daripada lebih dari 80 peratus permukaan bumi menggunakan teknologi CDMA ke antena di pintu masuk yang sesuai. Kemudian, ia memberi isyarat melalui rangkaian tempatan, menurut laman syarikat itu.

Bentuk perhubungan LEO menerima liputan arus perdana yang meluas, sebahagian besarnya disebabkan oleh SpaceX dan usahasama internetnya, Starlink.

Apple mungkin mengumumkan iPhone seterusnya pada separuh pertama September.

Peranti baru itu mungkin mempunyai peningkatan dari segi keupayaan mengambil gambar dan merakam video serta bahagian 'notch' yang lebih kecil, DailyMail.com melaporkan sebelumnya. 'Notch' adalah bahagian hitam di bahagian atas iPhone yang menempatkan kamera, pembesar suara dan teknologi pengecaman wajah.

Peranti baru itu dijangka mengekalkan saiz skrin yang sama dengan model iPhone 12 termasuk 5.4 inci dan 6.1 inci untuk model-model biasa serta 6.1 inci dan 6.7 inci bagi model-model 'Pro'.

iPhone baru mungkin juga diperbuat daripada bahan sama dengan peranti yang sebelumnya, sesuatu yang mungkin berbeza bagi model iPhone 2022. 

Sumber : Agensi berita/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan