Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

iOS 14.5 Apple benarkan pengguna buka kunci iPhone ketika pakai pelitup

Kemas kini baru pada iOS Apple membolehkan pengguna membuka kunci iPhone mereka menggunakan ID Wajah (Face ID) ketika memakai pelitup, tetapi mereka juga mesti mempunyai Apple Watch untuk ciri itu berfungsi.

Anggaran Waktu Membaca:
iOS 14.5 Apple benarkan pengguna buka kunci iPhone ketika pakai pelitup

(Gambar hiasan: iStock)

Diterbitkan : 28 Apr 2021 11:40AM Dikemas Kini : 28 Apr 2021 11:46AM

SINGAPURA: Kemas kini baru pada iOS Apple membolehkan pengguna membuka kunci iPhone mereka menggunakan ID Wajah (Face ID) ketika memakai pelitup, tetapi mereka juga mesti mempunyai Apple Watch untuk ciri itu berfungsi.

Ciri itu, sebahagian daripada kemas kini iOS 14.5 Apple, boleh digunakan dengan iPhone X dan Apple Watch Series 3 dan seterusnya, menurut pengumuman gergasi teknologi itu pada Isnin (26 Apr).

Untuk membuka kunci peranti mereka dengan selamat, pengguna mesti memakai Apple Watch yang tidak dikunci terlebih dahulu.

Pandangan sepintas lalu ke iPhone membolehkan peranti itu mengesan pelitup. Pengguna kemudian akan menerima maklum balas haptik dari jam tangan mereka, yang bermaksud telefon mereka telah dibuka kuncinya.

Fungsi "Buka Kunci Dengan Apple Watch" boleh ditemui di bawah Tetapan (Settings) ID Wajah dan Kod Laluan (Face ID & Passcode).

Ciri baru lain iOS 14.5 termasuk lebih banyak pilihan suara bagi Siri dan lebih banyak pilihan warna kulit emoj.

Apple turut memperkenalkan kaedah privasi, App Tracking Transparency.

Ini membolehkan pengguna memilih sama ada untuk mengizinkan aplikasi "menjejaki data mereka di semua aplikasi atau laman web yang dimiliki syarikat lain untuk pengiklanan, atau berkongsi data mereka dengan broker data".

Di bawah Tetapan, pengguna juga boleh melihat aplikasi mana yang meminta izin untuk melakukan demikian dan membuat perubahan pada bila-bila masa.

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : Today/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan