Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Instagram uji ciri maklumkan pengguna sebarang gangguan, isu dalam aplikasi

Instagram, milik syarikat Facebook, mengumumkan pada Isnin (11 Okt) bahawa ia sedang menguji ciri yang memaklumkan pengguna tentang sebarang gangguan atau isu teknikal secara langsung dalam aplikasi perkongsian gambar itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Instagram uji ciri maklumkan pengguna sebarang gangguan, isu dalam aplikasi

Gambar fail: REUTERS

Diterbitkan : 12 Oct 2021 10:20AM Dikemas Kini : 12 Oct 2021 10:23AM

MENLO PARK: Instagram, milik syarikat Facebook, mengumumkan pada Isnin (11 Okt) bahawa ia sedang menguji ciri yang memaklumkan pengguna tentang sebarang gangguan atau isu teknikal secara langsung dalam aplikasi perkongsian gambar itu.

Pengumuman itu didedahkan beberapa hari selepas dua gangguan menjejas khidmat gergasi media sosial itu.

Ujian tersebut, menurut Instagram dalam satu catatan blog, akan dijalankan buat beberapa bulan di Amerika Syarikat.

Pada 4 Oktober, gangguan selama enam jam itu menghalang 3.5 bilion pengguna syarikat daripada mengakses media sosial dan khidmat pesanannya, termasuk WhatsApp, Instagram dan Messenger.

Awal Isnin, ramai pengguna mengalami masalah menggunakan Instagram, menurut laporan pengguna di kumpulan pemantau web Downdetector.

Syarikat itu juga merancang untuk melancarkan satu ciri yang akan memudahkan orang ramai mengetahui sama ada akaun mereka berisiko digantung.

Raksasa media sosial itu, yang dijadikan tumpuan bagi meme dan bahan jenaka di Twitter ekoran gangguan khidmat itu, juga bergelut dengan tuduhan mantan pekerja, Cik Frances Haugen, yang mendedahkan maklumat bahawa syarikat itu berulang kali mengutamakan keuntungan daripada mengekang ucapan berbaur kebencian dan maklumat yang salah.

Cik Haugen, yang memberikan dokumen yang menyokong penyelidikan Wall Street Journal dan perbicaraan Senat mengenai bahaya Instagram terhadap gadis remaja, bersetuju untuk bertemu dengan lembaga pengawas Facebook dalam beberapa minggu akan datang untuk memberitahu mereka tentang apa yang beliau ketahui semasa bekerja di syarikat itu.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan