Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Instagram buat ujian sorok kiraan 'likes'

Pengguna media sosial Instagram bergantung kepada kiraan 'likes' untuk mengukur prestasi sesuatu kandungan gambar atau video yang dimuatnaikkan.

Anggaran Waktu Membaca:
Instagram buat ujian sorok kiraan 'likes'

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 21 Apr 2019 10:38PM Dikemas Kini : 21 Apr 2019 11:02PM

KUALA LUMPUR: Pengguna media sosial Instagram bergantung kepada kiraan 'likes' untuk mengukur prestasi sesuatu kandungan gambar atau video yang dimuatnaikkan.

Tidak keterlaluan juga untuk mengatakan bahawa sesetengah pengguna 'taksub' dengan bilangan bentuk hati -menandakan suka - yang diterima oleh para pengikutnya.

Bagi para selebriti mahupun orang-orang berpengaruh di media sosial, kiraan 'likes' dilihat sebagai amat penting dalam meyakinkan pengiklan untuk menggunakan perkhidmatan mereka demi memasarkan sesuatu jenama atau produk. Malah, perkara itu juga mampu meningkatkan imej akaun tersebut dalam kalangan pengguna lain yang mengikutinya.

Terkini, lapor Astro Awani, Instagram dilihat sedang menguji fungsi untuk menyorokkan jumlah 'likes' pada gambar atau video yang dimuat naik.

Tujuannya, untuk memastikan hanya kandungan yang bermutu dikongsi dan bukan berdasarkan kiraan 'likes' semata-mata.


Menurut Astro Awani, melalui ujian yang dikongsikan Jane Manchun Wong, pengguna lain mungkin tidak dapat melihat angka 'likes' pada kandungan yang dimuat naik. Ia hanya dapat dilihat oleh pengirim yang mengongsikan kandungan berkenaan.

Bagaimanapun, lapor Astro Awani, fungsi tersebut masih lagi di peringkat ujian dan belum ditetapkan sama ada ia bakal dilaksanakan sepenuhnya atau tidak.

Namun, jika ia benar-benar dilaksanakan, pemilik akaun Instagram terutamanya yang mencari rezeki melalui wadah media sosial itu bakal menghadapi cabaran untuk mencari jalan lain bagi menaikkan reputasi akaun mereka.

Sumber : Agensi berita/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan