Images
  • instagram generic
    (Gambar hiasan: Pexels/Omkar Patyane)

Instagram akan sekat iklan pembedahan kosmetik; langsing badan untuk pengguna muda

AMERIKA SYARIKAT: Instagram mengumumkan satu dasar baru yang menyekat iklan berkaitan dengan produk-produk menurunkan berat badan serta pembedahan kosmetik untuk pengguna di bawah usia 18 tahun.

Dalam kes-kes tertentu 'posting' atau catatan sedemikian akan dipadam.

Langkah itu menyusuli keprihatinan yang kian meningkat terhadap pengiklanan produk kosmetik dan pelangsingan badan yang mempunyai kesan buruk terhadap kesihatan mental dan fizikal golongan belia.

Dasar tersebut akan menjejas juga kandungan di laman Facebook, yang memiliki Instagram.

Instagram menyatakan langkah tersebut bertujuan menangani kaedah pemasaran menggunakan personaliti-personaliti berpengaruh atau 'influencers' yang kian meningkat di wadah itu.

BBC bagaimanapun melaporkan satu kemungkinan pada keterbatasan dasar baru ini.

Ini kerana para pengguna Instagram tidak perlu mendedahkan tarikh lahir mereka apabila mendaftar akaun, sebaliknya setakat mengisytiharkan sama ada mereka berusia 18 tahun ke atas ataupun tidak.

Maklumat usia ini bagaimanapun tidak disahkan oleh Instagram. 

- Agensi berita/NF/TQ/tq

Top