Images
  • stuntwoman iran

Inilah Mishka Seylani, 'stuntwoman' yang pecah siling kerjaya wanita di Iran

IRAN: Kaum wanita merangkumi sekitar separuh jumlah penduduk Iran tetapi mereka hanya mewakili peratusan kecil tenaga kerja negara itu.

Namun seorang wanita Iran sedang berusaha merubah tanggapan ramai terhadap golongan tersebut.

Sebelum ini, adegan nekad dalam sesebuah filem melibatkan wanita tidak pernah wujud di Iran.

Namun sekarang ada golongan muda yang sedia membuat suatu kelainan.

Mishka Seylani merupakan salah seorang pelakon aksi nekad wanita Iran.

Beliau tertarik dengan kerjaya ini selepas menonton sebuah dokumentari mengenai aksi nekad dalam filem, 10 tahun lalu.

Namun laluan kerjayanya penuh berliku kerana sebelum ini hanya pelakon lelaki Iran akan memainkan peranan aksi nekad walaupun untuk pelakon wanita.

Kini Mishka menjadi contoh kepada golongan wanita Iran untuk memecahkan kepompong kerjaya dalam apa bidang sekalipun.

- Agensi berita/AA/tq

Top