Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Inilah manfaat tidur pakai stoking, menurut kajian

Hasil kajian di Korea Selatan mendedahkan mutu tidur seseorang yang memakai stoking lebih baik berbanding mereka yang tidak memakai sarung kaki.

Anggaran Waktu Membaca:
Inilah manfaat tidur pakai stoking, menurut kajian

Gambar fail (Gambar: Unsplash)

Diterbitkan : 02 Nov 2019 02:45PM Dikemas Kini : 02 Nov 2019 02:47PM

KOREA SELATAN: Hasil kajian di Korea Selatan mendedahkan mutu tidur seseorang yang memakai stoking lebih baik berbanding mereka yang tidak memakai sarung kaki.

Mutu tidur yang baik dinilai berdasarkan masa diambil sebelum individu itu tidur lena, tempoh tidur, kekerapan terjaga dan kecekapan tidur berdasarkan pengiraan tertentu dalam tempoh tujuh jam melibatkan enam individu, lapor Harian Metro.

Individu yang memakai stoking semasa tidur purata mengambil masa 7 minit setengah lebih pantas untuk tidur dan 32 minit lebih sebelum bangun tidur, berbanding mereka yang tidur tanpa stoking.

Purata suhu kaki individu yang memakai stoking pula 1.3 darjah Celsius lebih tinggi berbanding individu yang tidak memakai stoking.

Kesan pemakaian stoking dilihat membantu mengawal kitaran suhu badan supaya tidak terlalu drastik yang mana akan mempengaruhi kesan fungsi tubuh.

Menurut Harian Metro, kajian lain yang dijalankan oleh Knab dan Engel pula mengetengahkan dua kaedah yang membolehkan seseorang itu mendapatkan mutu tidur lebih baik:

1. Membentuk persekitaran menggembirakan

Persekitaran yang selesa untuk tidur tidak semestinya merujuk pada katil atau tilam yang empuk semata-mata, sebaliknya suasana ruang tidur termasuk warna dan susun atur boleh mengoptimumkan kualiti tidur.

Malah, suhu 25 hingga 27 darjah Celsius adalah terbaik untuk mendapatkan tidur yang lena.

2. Rangsangan pada tubuh

Rangsangan tertentu pada tubuh sebelum atau semasa tidur untuk mendorong tanggapan fisiologi yang diinginkan, seperti pemanasan badan pasif bagi meningkatkan suhu badan.

Memakai stoking adalah cara paling mudah untuk melindungi kaki iaitu anggota yang mudah dipengaruhi perubahan suhu supaya badan rasa selesa.

Selain bantu mengekalkan suhu tubuh badan agar sentiasa hangat, memakai stoking pada sebelah malam juga mempunyai faedah tambahan:

1. Mencegah peningkatan suhu badan secara tiba-tiba

Sering berlaku terhadap wanita yang menjalani menopaus. Sesetengah wanita mendapati memakai stoking berguna untuk menyejukkan suhu badan mereka.

2. Mengelakkan tumit merekah

Memakai stoking kapas selepas mandi atau mencuci kaki dapat membantu menjaga tumit daripada masalah kulit kering.

3. Mengurangkan peluang serangan Raynaud

Penyakit Raynaud adalah masalah rasa berdenyut dan bengkak yang disebabkan aliran darah tidak lancar pada bahagian jari terutama kaki.

Memakai stoking pada waktu malam dapat membantu mencegah serangan dengan menjaga kaki supaya terus hangat dan peredaran darah juga lancar.

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan