Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Ini rahsia ‘besar’ cili hijau

 Selain rempah ratus, tahukah anda cili hijau juga mempunyai manfaat untuk kesihatan badan. Ini kerana, cili hijau kaya dengan zat.

Anggaran Waktu Membaca:
Ini rahsia ‘besar’ cili hijau

Gambar hiasan.

Diterbitkan : 11 Dec 2019 10:37PM Dikemas Kini : 11 Dec 2019 10:39PM

NEW DELHI: Selain rempah ratus, tahukah anda cili hijau juga mempunyai manfaat untuk kesihatan badan. Ini kerana, cili hijau kaya dengan zat.

Baru-baru ini, Menteri Kesihatan dan Ehwal Keluarga India, Dr Harsh Vardhan berkongsi kepentingan cili hijau yang boleh dijadikan sebagai satu bahan diet.

"Tahukah anda cili hijau kaya dengan pelbagai nutrisi termasuk lebih enam kali ganda vitamin C yang terdapat dalam buah oren. Ia juga memberi kita vitamin A, B2, B6, niasin dan folate yang penting dalam tubuh badan," tulis Dr Harsh di akaun Twitternya.

Berikut antara sebab anda perlu menyertakan cili hijau dalam diet seharian anda.

1. Kaya dengan serat yang penting untuk sistem penghadaman sihat.

2. Membantu melicin dan menyerikan kulit kerana ia kaya dengan vitamin C dan E.

3. Ia mempunyai kandungan air yang tinggi dan tanpa kalori, sekaligus menjadikannya pilihan sihat kepada mereka yang ingin menurunkan berat badan. Ia juga meningkatkan metabolisme dan mempercepatkan proses pengurangan berat badan.

4. Kaya dengan beta-karotena, antioksida dan 'endorrphins' yang membantu menjaga kesihatan jantung.

5. Jika anda kerap makan cili hijau, ia boleh membantu mengimbangkan tahap gula dalam darah dengan mengawal tahap insulin.

6. Dapat membantu meningkatkan imuniti badan.

7. Kandungan vitamin K dalam cili hijau mampu mengurangkan risiko osteoporisis dan pendarahan serius jika tercedera.

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan