Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Ini dia 8 petua ini untuk bakar lemak tubuh sambil tidur…

Mitos atau fakta? Jika selama ini anda mencuba pelbagai cara untuk mengurangkan berat badan tapi belum melihat keberkesanannya, jangan putus asa. Teruskan amalan sihat itu.

Anggaran Waktu Membaca:

BERITAmediacorp: Mitos atau fakta? Jika selama ini anda mencuba pelbagai cara untuk mengurangkan berat badan tapi belum melihat keberkesanannya, jangan putus asa. Teruskan amalan sihat itu.

Tapi apa kata anda cuba alternatif atau kaedah yang lain agar impian anda untuk mengurangkan berat badan dapat dikecapi.

Menurut ahli fizik, Fred Turek dari Universiti Northwestern, walaupun anda menjaga diet atau melakukan senaman seperti berjalan pantas atau berlari-lari anak, ianya mungkin tidak akan memberi kesan sepenuhnya jika kualiti tidur kita tidak memberangsangkan.

Tidur merupakan proses di mana tubuh menukar kepada mode rehat atau ‘mati seketika’ setelah penat dan letih melakukan pelbagai tugas dan aktiviti seharian. Bagi setiap manusia normal, tidur bukan saja merupakan masa untuk merehatkan tubuh dan minda, tapi ia juga rutin penting yang dapat membantu untuk membakar lemak yang tersedia ada di dalam badan kita.

Jika sebelum ini ada yang menyangka tidur secara tidak langsung merupakan antara punca badan gemuk, tanggapan itu tidak tepat sama sekali. Sebaliknya tidur dapat membantu mengurangkan lemak badan. Tapi, bagaimana caranya untuk membolehkan lemak dalam tubuh dapat dibakar secara berkesan semasa kita sedang syok tidur?

Pelbagai kajian dilakukan di merata dunia. Yang pasti anda harus disiplin dan praktikkan beberapa rutin setiap malam sebelum tidur. Sebagai permulaan, cuba 8 tip berikut. Hasilnya mungkin berbeza bagi setiap individu. Namun, ia dipercayai dapat membantu mengurangkan lemak yang terjerat di dalam tubuh.

Bayangkan kalau anda dapat kurangkan berat badan satu atau dua kilo dalam beberapa bulan dah kira ok lah tu! Lama-lama boleh langsing juga kan. Belum cuba, belum tahu!

8 CARA BAKAR LEMAK SEMASA TIDUR


1. Elak makan lewat

Jangan makan malam terlalu lambat atau sebelum saja hendak masuk tidur. Jika kerap melakukan sedemikian, proses sistem pencernaan akan menjadi tidak lengkap dan lambat.

Lantas, ia akan membuat lemak tepu yang terperangkap dalam tubuh lebih berganda. Lebih memburukkan, sistem percenaan boleh mengundang masalah dan kemudian menyebabkan sembelit atau perut bergas atau asid.

Untuk mengelakkan tidak keselesaan dalam perut, sebaik-baiknya anda mempraktikan makan malam lebih awal dan jika boleh tetapkan masa yang sama setiap hari.

Dengan demikian, ia dapat membantu dan memastikan sistem percernaan dan penghadaman dapat saling membantu dan sekali gus membuat kadar metabolisme berfungsi dengan sempurna semasa anda sedang tidur.

2. Elak sajian yang berat

Usah menikmati makanan yang terlalu mengenyangkan pada sebelah malam dan lebih memburukkan jika anda makan satu atau setengah jam sebelum tidur. Lazimnya, semasa kita sedang tidur lena, otak akan menghasilkan hormon pertumbuhan.

Seandainya anda makan sebelum tidur, hormon akan menyimpan makanan dalam sistem badan sebagai lemak dan bukan kalori yang boleh dibakar!

3. Angkat berat

Bagi yang secara rutin terdedah pada kerja-kerja mengangkat berat atau mempunyai rejim latihan angkat berat dikatakan dapat membakar lebih banyak lemak sepanjang hari termasuk pada sebelah malam.

Kekuatan daya fizikal secara tidak langsung membantu untuk meningkatkan metabolisme dan pada masa yang sama membakar lebih banyak kalori ketika tubuh sedang berehat atau semasa tidur.

4. Tidur 7-8 jam

Tidak lebih tidak kurang. Jika tidak mendapat waktu tidur yang mencukupi pada waktu malam, kadar metabolisme anda terjejas dan menjadi perlahan pada siang hari dan boleh membuat berat badan bertambah atau obesiti.

Oleh itu, pastikan untuk mempunyai rutin tidur yang tetap pada setiap malam. Sekurang-kurangnya 7 jam. Satu kajian mendapati, jika seseorang mempunyai tidur yang cukup ia dapat membakar 20% kalori dari mereka yang tidak dapat cukup atau rehat yang mencukupi.

5. Minuman berprotein

Jika anda minum anggaran 300gm minuman berprotein sebelum tidur, ia terbukti dapat membantu meningkatkan jumlah kalori yang dibakar semasa anda sedang lena tidur.

Di samping itu, protein juga dapat membantu dalam pemulihan otot. Jika terdapat lebih banyak jisim otot, lebih banyak kalori yang akan dibakar semasa sedang tidur.

6. Usah bersenam sebelum tidur

Sebaik-baiknya lakukan senaman pada sebelah pagi kerana ia dapat membuat tubuh terjaga dan lebih bertenaga sepanjang hari. Sekiranya anda tidak boleh bersenam pada sebelah pagi, waktu yang tepat untuk bersenama adalah empat jam sebelum anda tidur.

Elakkan daripada berlari-lari anak pada lewat malam kerana tubuh akan menjadi lebih aktif dan membuat anda sukar untuk mendapatkan tidur yang lena.

7. Tidur dalam bilik yang gelap

Apabila tidur dalam bilik yang gelap ia bukan saja dapat membantu anda tidur dengan lebih mudah dan berkesan, merujuk kepada kajian yang dijalankan dalam Journal of Pineal Research, ia juga dapat membantu untuk menghasilkan hormon melatonin yang dapat membakar kalori lemak.

8. Padamkan telefon bimbit

Cuba praktikan untuk matikan telefon bimbit apabila sudah masuk tidur di dalam bilik. Menurut kajian di Universiti Manchester, terdapat cahaya biru yang dipancarkan dari telefon bimbit yang dapat mengganggu penghasilan melatonin dalam tubuh. Lantas, ia akan mengganggu metabolisme anda.

Ternyata tidak sukar untuk mencuba tip-tip tersebut. Ia hanya memerlukan disiplin seharian untuk memastikan waktu makan yang tetap pada sebelah malam, elakkan sajian yang terlalu berat, dapatkan waktu tidur yang mencukupi dan praktikkan tabiat untuk memadamkan lampu dan telefon bimbit sebelum tidur selain menikmati minuman berprotein.  

Sumber : BERITA Mediacorp/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan