Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Ini cara pastikan anak anda lebih serasi pakai pelitup

Memakai pelitup mungkin sudah menjadi perkara biasa bagi kita  sejak munculnya COVID-19. Namun, bagi kebanyakan kanak-kanak - terutama yang jarang sekali memakainya atau yang mempunyai masalah deria, ia barangkali agak sukar untuk menyesuaikan diri.

Anggaran Waktu Membaca:
Ini cara pastikan anak anda lebih serasi pakai pelitup

(Gambar: REUTERS)

Diterbitkan : 06 Sep 2020 07:22PM Dikemas Kini : 06 Sep 2020 07:24PM

NEW YORK: Memakai pelitup mungkin sudah menjadi perkara biasa bagi kita sejak munculnya COVID-19. Namun, bagi kebanyakan kanak-kanak - terutama yang jarang sekali memakainya atau yang mempunyai masalah deria, ia barangkali agak sukar untuk menyesuaikan diri.

Berikut adalah beberapa panduan untuk membantu kanak-kanak selesa memakai pelitup.

CUCI DAHULU

Gunakan air panas dengan sabun tanpa pewangi untuk membersihkannya daripada sebarang bahan kimia mahupun bau yang melekat daripada pembungkusan pelitup.

Anda seharusnya mencuci pelitup setiap hari atau lebih kerap lagi jika ia kotor.

CUBA PELITUP GUNA TALI

And boleh cuba bereksperimen dengan dua jenis pelitup - yang sangkut di telinga atau yang mempunyai tali untuk diikat di belakang kepala.

Sesetengah tali mungkin menarik rambut atau menyebabkan rasa kurang selesa pada kulit kepala yang sensitif. Bagi kaum Hawa, cuba letakkan tali di bahagian bawah ikatan rambut.

Anda juga boleh tambah kunci tali untuk membuat tali pelitup lebih ketat agar ia terletak elok di muka ketika memakainya. Terdapat juga tali pemanjang pelbagai corak dan warna yang dijual di pasaran untuk menukarkan pelitup sangkut di telinga kepada sesuatu yang mesra kanak-kanak.

JIKA TALI IKAT TIDAK SELESA

Sekiranya anda rimas dengan tali yang perlu disangkut di telinga, anda boleh sangkut tali pada butang yang dijahit pada cekak rambut atau topi.

Versi yang sudah siap dibuat juga dijual online.

ALIHKAN TUMPUAN ANAK KEPADA PERKARA LAIN

Anak anda seringkali menarik pelitup ke dagu dan mendedahkan mulutnya?

Masa untuk cuba mengalihkan tumpuannya daripada rasa tidak selesa itu.

Cuba berikan dia gula-gula untuk dikunyah ketika memakai pelitup - ini mungkin juga sebagai satu ganjaran. Selain itu, anda boleh berikan alat permainan kecil untuk dipegang yang secara tidak langsung mungkin mengelakkannya daripada asyik mengusik pelitup di muka.

Titikkan minyak pati di bahagian luar pelitup untuk elakkan bau kurang senang. Bau buah limau dan pudina boleh membuatkan kanak-kanak berasa aktif manakala wangian bunga-bungaan pula lebih menenangkan. Namun, guna hanya minyak pati bertaraf terapeutik.

PERKASA KANAK-KANAK

Kanak-kanak biasanya berkelakuan elok apabila mereka rasa diberi pilihan dan pendapat mereka dihargai. Maka itu, anda boleh pertimbangkan pelitup dengan corak haiwan atau watak kegemaran mereka agar mereka lebih teruja untuk memakainya.

Tidak hanya itu, apa kata anda libatkan mereka dalam mencari idea tentang bagaimana untuk menyelesaikan masalah kurang selesa memakai pelitup. Huraian yang mereka anjurkan mungkin akan mengejutkan anda tetapi belum cuba, belum tahu! 

Sumber : Agensi berita/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan