Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Ini 6 sebab anda harus ke WGS hujung minggu ini...

Kawasan lubuk Melayu - mana lagi kalau bukan Geylang Serai - akan bergetar dengan banyak kegiatan menarik hujung minggu ini (25-27 Jan). Anda boleh menikmati alunan muzik, pelbagai makanan dan juga bermacam-macam kegiatan menarik.

Anggaran Waktu Membaca:
Ini 6 sebab anda harus ke WGS hujung minggu ini...

Konsert Ramli Sarip dan bazar Laloolalang antara tarikan utama di Wisma Geylang Serai hujung minggu ini. (Gambar: Lokman Ismail/Yummy Takoyaki/Facebook)

BERITAmediacorp: Kawasan lubuk Melayu - mana lagi kalau bukan Geylang Serai - akan bergetar dengan banyak kegiatan menarik hujung minggu ini (25-27 Jan). Anda boleh menikmati alunan muzik, pelbagai makanan dan juga bermacam-macam kegiatan menarik.

Lebih tepat lagi, semua itu akan berlaku di Wisma Geylang Serai (WGS)!

Hab sosial dan warisan budaya Singapura yang pertama itu juga bakal menghimpunkan pelbagai acara menyeronokkan sempena perasmian WGS oleh Perdana Menteri Lee Hsien Loong pada Sabtu malam (26 Jan).

Jika anda perlukan sebab untuk melangkah ke Geylang Serai hujung minggu ini, di bawah ini kami utarakan '6 Sebab' yang mengharuskan anda mengunjungi WGS:

1. BERHIBUR BERSAMA 'PAPA ROCK'

(Gambar: Ramli Sarip Official/Facebook)

(Gambar: Ramli Sarip Official/Facebook)

Bersedia untuk dibuai dengan lagu-lagu 'jiwang' bersama legenda rock tempatan Ramli Sarip! Popular dengan lagu Kamelia dan Teratai, peminat boleh ikut menyanyi bersama dan berinteraksi dengan bekas penyanyi Sweet Charity ini dengan jarak dekat.

Bila: 26 Jan, Sabtu
Masa: 8.30 - 9.30 malam

2. MAKAN-MAKAN DAN BELI-BELAH

(Gambar: Laloolalang/ Facebook)

(Gambar: Laloolalang/ Facebook)

Usah terlepas peluang menikmati hidangan lazat dan barangan menarik daripada 50 gerai di bazar Laloolalang. Antara yang boleh anda jamu termasuklah Katoshka, Yummy Takoyaki, Rumi dan Satayboy. Mahu beli pakaian muslimah atau kanak-kanak? Itu juga bakal ada dijual. 

Berkonsepkan Tiga Era, bazar Laloolalang yang diasaskan personaliti Huda Ali juga menampilkan jenama seperti Batique dan By Harmoni.

Bila: 25 - 27 Jan, Jumaat - Ahad
Masa: 3.00 petang - 10.00 malam (Jumaat), 12.00 tengah hari - 10.00 malam (Sabtu dan Ahad)

3. TENGOK BUNGA API DI GEYLANG!

(Gambar: Asif Hassan/AFP)

(Gambar: Asif Hassan/AFP)

Bawa keluarga anda berkelah pada waktu malam sambil menonton pertunjukan bunga api! Bukan itu sahaja, pertunjukan lampu berbilang media juga bakal dipamerkan buat pengunjung di Zon E kawasan Wisma Geylang Serai.

Bila: 26 Jan, Sabtu
Masa: 6.00 petang - 8.15 malam

4. TAYANGAN FILEM MELAYU KLASIK

(Gambar: Petikan skrin sedutan filem Seniman Bujang Lapok)

(Gambar: Petikan skrin sedutan filem Seniman Bujang Lapok)

Jika anda peminat filem lama, ayuh tonton filem hitam putih malar segar P. Ramlee sepanjang hujung minggu ini. Bukan satu, tetapi tiga filem P. Ramlee yang mencuit hati bakal ditayangkan - Nasib Labu Labi (NLL), Seniman Bujang Lapok (SBL) dan Ahmad Albab (AA). Semuanya percuma!

Bila: 25-27 Jan, Jumaat (NLL), Sabtu (SBL) dan Ahad (AA)
Masa: 7.30 malam (Jumaat) dan 8.30 malam (Sabtu-Ahad)

5. ASAH KEMAHIRAN BERMAIN FUTSAL

(Gambar: Malek Awab/Facebook)

(Gambar: Malek Awab/Facebook)

Bintang bola sepak tempatan Malek Awab akan turun padang mengadakan klinik futsal di kawasan gelanggang WGS. Ayuh bersama sahabat handai anda ke Zon C WGS mengasah bakat bermain futsal!

Bila: 26 Jan, Sabtu
Masa: 6.00 petang - 7.30 malam

6. MENANGI HADIAH MENARIK BERITAmediacorp

(Gambar: BERITAmediacorp)

(Gambar: BERITAmediacorp)

Hadiah-hadiah menarik menanti anda jika anda (1) menyertai permainan di pavilion BERITAmediacorp atau (2) memetik selfie dengan iklan BERITAmediacorp atau DETIK di perhentian-perhentian bas dengan #mencariBERITA. 80 penyertaan pertama bakal mendapat hadiah eksklusif. Anda juga berpeluang menjadi 'penyampai berita' pada Sabtu di pavilion kami!

Bila: 25-27 Jan, Jumaat-Ahad
Masa: 10.00 pagi hingga 10.00 malam

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : BERITA Mediacorp/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan