Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Ini 5 negara dengan waktu kerja paling singkat di dunia

Undang-undang buruh berbeza dari satu negara ke satu negara. Namun pernahkah anda terfikir, negara mana yang mempunyai waktu kerja yang paling singkat dalam masa setahun?  

Anggaran Waktu Membaca:
Ini 5 negara dengan waktu kerja paling singkat di dunia

Gambar fail para pekerja di Singapura. (Gambar: TODAY)

Diterbitkan : 14 Oct 2018 10:24PM Dikemas Kini : 14 Oct 2018 10:26PM

AGENSI: Undang-undang buruh berbeza dari satu negara ke satu negara. Bagi sesetengah negara bekerja selama tempoh waktu yang panjang seolah-olah menjadi suatu norma. Di negara lain pula, corak kehidupan masyarakat lebih mementingkan keseimbangan antara waktu kerja dan waktu libur.

Namun pernahkah anda terfikir, negara mana yang mempunyai waktu kerja yang paling singkat dalam masa setahun?

Ini senarai lima negara atau bandar dengan waktu kerja paling singkat.

1. Itali – 960 jam/tahun

Menurut Astro Awani, pemerintah Itali memberikan para pekerjanya kebebasan untuk membahagikan waktu kerja mereka. Waktu bekerja dalam seminggu adalah selama 40 jam dan waktu kerja lebih dari 8 jam.

2. Paris – 1,007 jam/tahun

Bonjour! Negara yang menjuarai Piala Dunia 2018 menduduki tempat kedua, dengan waktu kerja di ibu kotanya sehingga 1,007 jam setahun.

3. Belgium – 1,011 jam/tahun

Selain waktu bekerja yang agak singkat dalam masa setahun, Astro Awani melaporkan Belgium sebagai sebuah negara yang boleh membuat para pekerjanya kekal dalam satu-satu kerjaya buat jangka masa yang panjang tanpa sering berpindah-pindah pekerjaan.

Tambahan lagi, terdapat dasar pemerintah yang membenarkan para pekerja berehat selama setahun. Dalam tempoh ini pekerja juga masih diberi elaun dari pemerintah.

4. Poland – 1,038 jam/tahun

Astro Awani melaporkan, di Poland rata-rata pekerjanya bekerja selama 40 jam setiap minggu. Namun sekitar 20 peratus pekerja lelaki perlu bekerja lebih dari 50 jam setiap minggu.

Sebagai perbandingan, perangkaan oleh Kementerian Tenaga Kerja (MOM) menunjukkan penduduk Singapura secara purata bekerja selama 43.2 jam seminggu.

5. Jerman – 1,053 jam/tahun

Dasar yang membenarkan waktu kerja fleksibel mungkin adalah kunci rahsia kadar pengangguran rendah di Jerman. Kadar pengangguran di negara itu adalah kira-kira 5 peratus, atau lebih rendah berbanding Amerika Syarikat pada 7 peratus. 

Sumber : Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan