Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Ingin turun berat badan? Bersenam pada waktu pagi, bukan petang

Mereka yang bersenam pada sebelah pagi kelihatannya lebih mudah untuk menurunkan berat badan berbanding mereka yang bersenam pada waktu petang. Demikian menurut satu kajian baru-baru ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Ingin turun berat badan? Bersenam pada waktu pagi, bukan petang

(Gambar hiasan: Anupam Mahapatra/Unsplash)

Diterbitkan : 03 Aug 2019 12:33PM Dikemas Kini : 03 Aug 2019 12:45PM

AGENSI: Mereka yang bersenam pada sebelah pagi kelihatannya lebih mudah untuk menurunkan berat badan berbanding mereka yang bersenam pada waktu petang. Demikian menurut satu kajian baru-baru ini.

Kajian itu menjelaskan mengapa sebilangan orang berjaya menurunkan berat badan dengan bersenam tetapi sebahagian lainnya tidak. Ia mendapati, waktu seseorang itu melakukan pelbagai kegiatan termasuk bersenam mempunyai kesan ke atas tubuhnya.

Hubungan antara senaman dengan berat badan kadangkala membingungkan. Beberapa kajian sebelum ini menujukkan, kebanyakan orang yang bersenam tidak dapat menurunkan berat badan seperti yang dijangkakan. Malah ada juga yang menambah berat badan.

SENAMAN YANG DIPANTAU PENGARUHI BERAT BADAN

Dalam satu kajian di North Carolina, sekitar 100 individu dengan berat badan berlebihan, bersenam lima kali seminggu di sebuah kemudahan pusat perubatan. Mereka berlari-lari anak dan memerah keringat untuk membakar 600 kalori pada setiap sesi.

(Gambar: Mārtiņš Zemlickis/Unsplash) 

(Gambar: Mārtiņš Zemlickis/Unsplash) 

Selepas mengikuti latihan selama 10 bulan, berat badan hampir semua peserta berkurangan tetapi jauh berbeza antara satu dengan yang lain.

Seorang penyelidik dari Universiti Colorado mula mengkaji faktor yang mempengaruhi prestasi para peserta dan akhirnya beliau dan seorang lagi penyelidik memutuskan untuk mengkaji waktu kegiatan dilakukan.

Sebenarnya, banyak kajian sudah dijalankan untuk menyelidik bagaimana tubuh kita memberikan respons kepada apa yang kita lakukan. Misalnya, ada yang mengkaji waktu makan dan bagaimana ia menjejas berat badan seseorang, termasuk jika bersenam sebelum atau selepas bersarapan. Namun, tidak ramai tahu bagaimana waktu bersenam itu sendiri, menjejas prestasi seseorang dalam usaha untuk mengurangkan berat badan.

ANTARA KE GIM PADA 7 PAGI DENGAN 7 MALAM

Kajian yang dijalankan di North Carolina itu kemudian mengkaji masa para peserta di utara Amerika, hadir ke makmal mereka.

(Gambar: Nicolas Hoizey/Unsplash)

(Gambar: Nicolas Hoizey/Unsplash)

Para peserta boleh ke gim bila-bila masa sahaja - antara jam 7.00 pagi hingga 7.00 malam. Mereka perlu mendaftarkan diri setiap kali mereka tiba di kemudahan itu. 

Kumpulan ahli sains yang menjalankan kajian juga memantau pengambilan kalori dan pergerakan harian mereka sepanjang 10 bulan. Mereka turut memantau berat badan para peserta.

Dari situlah, mereka menyedari, keupayaan seseorang untuk menurunkan berat badan bergantung kepada jadual mereka bersenam.

Mereka yang bersenam sebelum waktu tengah hari, secara purata mampu menurunkan lebih banyak berat badan berbanding mereka yang bersenam selepas jam 3.00 petang. Tidak diketahui mengapa tidak ramai yang ke gim antara jam 12.00 tengah hari dengan 3.00 petang.

Bukan itu sahaja, mereka mendapati para peserta yang suka bersenam pada awal pagi lebih aktif berbanding mereka yang bersenam pada sebelah petang. Pengambilan makanan mereka kurang sedikit.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan