Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Ingin lebih sihat, gembira? Ayuh ke pantai

Pernahkah anda terfikir mengapa sebahagian orang begitu gemar bercuti atau berkelah di pantai? 

Anggaran Waktu Membaca:
Ingin lebih sihat, gembira? Ayuh ke pantai

Gambar hiasan. (Gambar hiasan: Edric Sng)

Diterbitkan : 11 May 2018 06:52PM Dikemas Kini : 11 May 2018 06:56PM

BERITAMediacorp: Pernahkah anda terfikir mengapa sebahagian orang begitu gemar bercuti atau berkelah di pantai? Ini kerana, berada dekat dengan air amat baik untuk kesihatan otak.

Hanya dengan melihat air sahaja sudah boleh membuatkan seseorang berasa gembira dan lebih sihat. Itulah dapatan kajian yang dijalankan oleh para pengkaji dari Pusat Eropah bagi Sekitaran dan Kesihatan Manusia, lapor laman Curiosity.

Kajian itu sebenarnya adalah kemas kini bagi kajian yang dijalankan sebelum ini, yang meneliti paras tekanan yang dialami seseorang semasa mereka berada dalam “sekitaran hijau” – iaitu landskap tumbuh-tumbuhan, lapor laman Curiosity.

Namun dalam eksperimen terbaru itu, para pengkaji menambah “sekitaran biru” – iaitu air – dalam kajian mereka. Dapatannya jelas: sama ada pantai, sungai atau sekadar air pancut, manusia berasa lebih tenang apabila melihat air. Lebih banyak air yang dilihat, lebih baik!

Kajian yang dijalankan di New Zealand mendapati terdapat kaitan antara jumlah air yang dilihat dengan keadaan kesihatan mental seseorang. Mereka menentukan berapa banyak ruang biru yang pernah dilihat oleh seseorang serta faktor-faktor lain. Dapatannya menunjukkan lebih banyak air yang dilihat, lebih baik keadaan mereka.

Maka, itulah yang berlaku jika anda menunjukkan gambar-gambar pantai yang indah kepada seseorang, apalagi jika mereka benar-benar berada dekat dengan pantai, lapor laman Curiosity.

Jadi, jika anda inginkan ketenangan fikiran, pergilah ke pantai!

Sumber : Agensi berita/NK/
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan