Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Ingin bersihkan alat digital anda tanpa merosakannya? Inilah cara-caranya...

Alat-alat digital sudah sebati dengan kehidupan kita sekarang. Dengan tiadanya alat-alat ini, dunia kita seakan-akan tidak dapat berfungsi dengan betul, kadangkala sehinggakan ketinggalan di belakang.

Anggaran Waktu Membaca:
Ingin bersihkan alat digital anda tanpa merosakannya? Inilah cara-caranya...

Gambar hiasan. (Gambar: AFP/Frederic J Brown)

Diterbitkan : 10 Apr 2018 04:26PM Dikemas Kini : 10 Apr 2018 04:27PM

BERITAMediacorp: Alat-alat digital sudah sebati dengan kehidupan kita sekarang. Dengan tiadanya alat-alat ini, dunia kita seakan-akan tidak dapat berfungsi dengan betul, kadang-kala sehinggakan ketinggalan di belakang.

Dengan kita sering menggunakannya, sudah pastinya ia akan kotor. Berikut ini merupakan beberapa cara yang anda boleh lakukan untuk membersihkan alat-alat digital seharian anda.

1. TELEFON BIJAK

Apabila kita menggunakan skrin ataupun meletakkannya di telinga, telefon bijak boleh menjadi tempat pembiakan kuman dan bakteria.

Apabila membersihkannya, jangan menggunakan sabun atau cecair pembersihan seperti sabun cuci tingkap kerana ia mampu mengganggu pengesan cap jari. Sebaliknya, hanya gunakan kain mikroserabut (microfibre) yang kering untuk menghilangkan kotoran dan mengelap dengan cara bulatan agar ia tidak mencalar peralatan anda.

2. FON TELINGA

Jika anda menggunakan fon telinga semasa bersenam, sudah tentunya ia perlu dibersihkan.

Caranya adalah untuk menanggalkan penutup silikon, dan membersihkannya menggunakan air suam bersabun dan mengelap dengan menggunakan kain yang kering dan bersih ataupun putik kapas, menurut laman Dailymail.

Di bahagian besi pula, gunakan berus gigi kering untuk menanggalkan sebarang kotoran yang tersekat.

3. KOMPUTER RIBA

Seperti telefon bijak, kain mikroserabut boleh digunakan untuk membersihkan skrin dan bahagian luar komputer.

Bagi papan kekunci pula, gunakan pam udara mampat untuk membersihkan tempat-tempat yang susah dicapai, menurut Dailymail.

4. PENGESAN KESIHATAN

Bagi pengesan kesihatan, gunakan kain lembab untuk membersihkannya. Elakkan daripada mengelap bahagian permukaannya kerana kadangkala ia tidak kalis air.

Bahagian tali pengikat serta lubangnya, gunakan putik kapas yang dicelup dalam air suam bersabun dan bersihkannya.  

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan