Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Ingin beli baju raya untuk kucing kesayangan? Ini antara tempatnya...

Bila sekeluarga sudah berpakaian sedondon, mungkin ada yang tidak mahu kucing kesayangan ketinggalan apabila bergambar. Jadi di mana untuk membeli baju raya buat si comel? Ini antara tempatnya...

Anggaran Waktu Membaca:
Ingin beli baju raya untuk kucing kesayangan? Ini antara tempatnya...

(Gambar: Facebook/Ozel, JessicaMarieSG)

Diterbitkan : 01 May 2021 12:22AM Dikemas Kini : 01 May 2021 12:38AM

SINGAPURA: Sekitar dua minggu lagi, Hari Raya Aidilfitri bakal menjelang. Tentu sekali ramai yang sudah mulakan persiapan untuk menyambut hari kebesaran itu, dengan mengemas rumah, membeli kuih-muih dan antara yang paling diberi tumpuan - membeli baju raya.

Bagi mereka yang memiliki haiwan peliharaan seperti kucing pula, tidak menjadi kehairanan jika si 'kaki empat' juga turut dibelikan baju raya sangking comelnya haiwan itu apabila memakai pakaian sedondon dengan keluarganya.

Jika anda juga teringin untuk melakukan demikian namun tidak tahu di mana untuk memulakan pencarian, ini antara tempat-tempat yang boleh anda pertimbangkan:

JESSICA MARIE

Buka saja laman JessicaMarie.sg, anda akan disambut dengan pelbagai gambar kucing memakai aneka macam pakaian dan aksesori - dari baju kemeja, 'peplum' dan tentu sekali, baju kurung.

Koleksi Kitty Kurung 21 yang ditawarkan juga bermacam-macam, termasuk kurta dan baju teluk belanga.

Laman berpangkalan di Singapura itu menyenaraikan diri sebagai "tempat sehenti pakaian tempahan untuk bayi, kanak-kanak, wanita, kucing, anjing, hiasan rumah dan aksesori".

Namun, perlu diberi perhatian bahawa tempahan awal untuk Hari Raya sudah tamat, dan sebarang pembelian sekarang hanya akan sampai selepas Hari Raya Pertama.

Petikan skrin laman JessicaMarie.sg

Petikan skrin laman JessicaMarie.sg

(PS: Songkok dan cermin mata pun ada!)

SUGAR & COCO

Sugar & Coco sebenarnya merupakan perniagaan kek dan kuih muih, namun menurut laman Facebooknya, pihaknya tahun ini menerima tempahan bagi baju raya untuk kucing tersayang.

Baju teluk belanga dan cekak musang kedua-duanya ditawarkan, selain baju 'lace' dan 'peplum' yang pelbagai warna.

Bagaimanapun menurut laman Facebook mereka, tempahan untuk Hari Raya ini berakhir pada 1 Mei dan tempahan akan tiba beberapa hari sebelum Syawal.

OZEL

Mereka yang kerap mengunjungi kawasan sekitar Arab Street dan North Bridge Road pasti pernah berlalu di depan Ozel, butik yang menjual busana batik moden dan tradisional.

Namun apa yang mungkin ramai tidak tahu adalah jenama tempatan itu turut menawarkan baju batik untuk si cilik, agar tidak ketinggalan apabila bergambar dengan keluarga manusianya.

Petikan skrin laman Ozel.

Petikan skrin laman Ozel.

Seseorang mungkin akan kurang pening kepala apabila membeli dari laman ini, kerana koleksinya terhad dan dibahagi kepada dua sahaja: untuk kucing jantan, dan kucing betina, masing-masing tersedia dalam dua warna iaitu oren atau coklat.

Pakaian kucing itu ditawarkan dalam lima saiz dari S hingga XXL.

WADAH E-DAGANG LAIN

Jika apa yang ditawarkan peniaga-peniaga yang tersenarai itu tidak cukup membuat anda rambang mata, anda boleh saja cuba mencari di wadah e-dagang lain seperti Shopee, Lazada dan Carousell. Siapa tahu, anda akan menemui produk yang lebih menepati cita rasa anda.

Penulis sendiri, baru saja membeli baju kurung dan tanjak dari Shopee untuk kucing kesayangannya. Lihat saja gambar ini:

(Gambar: Taufiq Zalizan)

Selamat membeli!

Sumber : BERITA Mediacorp/Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan