iLight Singapore dibatalkan akibat COVID-19
Pesta seni i Light Singapore dibatalkan secara rasmi, kata penganjur acara tahunan itu pada Selasa (31 Mac).
SINGAPURA: Pesta seni i Light Singapore dibatalkan secara rasmi, kata penganjur acara tahunan itu pada Selasa (31 Mac).
Acara tersebut pada awalnya dijadualkan berlangsung antara 6 hingga 29 Mac. Namun pada 11 Feb lalu pihak penganjur membuat keputusan untuk menundanya ekoran pengisytiharan DORSCON Jingga.
Bagaimanapun dengan langkah-langkah jarak selamat yang dilaksanakan baru-baru ini, Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) memutuskan untuk membatalkan terus edisi pesta tahun ini.
Dalam satu kenyataan hari ini, para penganjur menjelaskan artis yang karyanya sudah dipilih bagi i Light Singapore 2020 akan diundang untuk mempamerkan karya masing-masing pada edisi seterusnya.
Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Google dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.