Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Ikut tip ini pilih kasut sukan sesuai bentuk kaki, cara larian anda

Sebelum memulakan aktiviti larian, perkara paling penting untuk anda lakukan adalah memilih kasut yang sesuai.

Anggaran Waktu Membaca:
Ikut tip ini pilih kasut sukan sesuai bentuk kaki, cara larian anda

(Gambar hiasan: Pixabay)

Diterbitkan : 31 Aug 2021 05:58PM Dikemas Kini : 31 Aug 2021 08:27PM

KUALA LUMPUR: Sebelum memulakan aktiviti larian, perkara paling penting untuk anda lakukan adalah memilih kasut yang sesuai.

Tidak dapat dinafikan memilih kasut sukan yang sesuai untuk anda boleh mengelirukan mentelah lagi ada ratusan jenis kasut sukan dan larian yang ditawarkan di pasaran.

Bukan saja anda akan rambang mata memilih kasut larian idaman tetapi memandangkan terdapat pelbagai jenis kasut sukan - dilengkapi dengan teknologi penyerapan tekanan, tapak dan bahan asas kasut berbeza-beza - tentunya sukar untuk membuat pilihan yang tepat untuk kaki anda.

Astro AWANI memetik enam tip yang dikongsikan majalah MASKULIN tentang bagaimana untuk memilih kasut larian yang paling sesuai.

FAHAMI TAPAK KAKI

Terlebih dahulu, anda kena faham dengan kondisi tapak kaki anda serta gaya anda berlari. 'Pronation' adalah keadaan di mana kaki anda berlari dari tumit ke hujung kaki.

'Overpronation' pula berlaku apabila anda melakukan terlalu banyak ‘roll’ pada bahagian dalam kaki semasa berlari.

Sementara itu, 'underpronation' merujuk kepada keadaan apabila lebih banyak menggunakan bahagian luar tapak kaki ketika berlari.

BENTUK TAPAK KAKI

Antara cara mudah untuk menentukan bentuk kaki anda adalah dengan melakukan ‘wet test’. Basahkan kedua-dua belah kaki dan berdiri di atas beg kertas selama 10 saat.
Kemudian alihkan kaki anda dan lihat kesan tapak kaki pada kertas tersebut.

CORAK ANDA BERJALAN

Selepas mengetahui bentuk tapak kaki anda, anda boleh mengunakan maklumat itu untuk menentukan corak anda berjalan.

Menentukan corak anda berjalan atau melangkah adalah sangat penting untuk memilih kasut larian anda.

Terdapat empat jenis corak berjalan atau ‘gait’ yang perlu anda tahu iaitu 'severe overpronation', 'mild overpronation', 'neutral' dan 'underpronation'.

Menurut MASKULIN, ada dua cara untuk anda memilih kasut larian. Pertama, perhatikan bentuk kasut larian tersebut. Jika ia mempunyai tapak lebar, ia berfungsi lebih kepada 'motion control' atau kawalan pergerakan.

Jika anda mempunyai tapak kaki yang agak rata, inilah kasut larian paling sesuai buat anda. Ia memberikan sokongan maksimum kepada kaki dan keselesaan.

Untuk anda yang mempunyai tapak kaki normal bolehlah memilih kasut larian yang mempunyai lengkungan separa pada bahagian tapak.

Sementara itu, bagi anda yang memiliki tapak kaki tirus (semakin kecil ke hujung kaki), kasut bertapak melengkung sangat sesuai untuk aktiviti larian.

DAPATKAN MAKLUMAT SEBAIKNYA

Sebelum membeli mana-mana kasut, adalah lebih baik jika anda mengumpulkan sedikit maklumat dari Internet. Selain itu, anda juga boleh mendapatkan pendapat daripada jurujual.

Cuba sarungkan kasut yang ingin dibeli dahulu dengan menggunakan stoking.
Jangan terikut-ikut dengan trend semata. Carilah kasut yang benar-benar sesuai dengan kaki anda.

KENAL PASTI TEKNOLOGI

Setiap kasut menawarkan teknologi tersendiri terutamanya pada bahagian tapak kasut yang mempunyai fungsi serapan tenaga. Lain jenama lain teknologi yang ditawarkan, kongsi MASKULIN.

Kasut anda juga harus mempunyai saiz sesuai. Pastikan terdapat ruang mencukupi semasa anda memakai kasut larian.

Kalau boleh, cubalah kasut yang ingin dibeli di atas treadmill. 

Sumber : Agensi berita/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan