Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

IKEA Singapore jual beg yang 'salah cetak'

Jika anda mengunjungi IKEA baru-baru ini, anda mungkin melihat beg-beg KLAMBY yang mempunyai kesilapan cetakan dijual pada harga murah di laman online gedung perabot itu serta cawangan-cawangannya di Alexandra Road dan Tampines.

Anggaran Waktu Membaca:
IKEA Singapore jual beg yang 'salah cetak'

(Gambar: IKEA Singapore)

Diterbitkan : 16 Jan 2021 10:25PM Dikemas Kini : 16 Jan 2021 10:27PM

SINGAPURA: Jika anda mengunjungi IKEA baru-baru ini, anda mungkin melihat beg-beg KLAMBY yang mempunyai kesilapan cetakan dijual pada harga murah di laman online gedung perabot itu serta cawangan-cawangannya di Alexandra Road dan Tampines.

Ternyata, IKEA Singapore tersilap mencetak nama laman syarikatnya pada beg-beg guna pakai KLAMBY.

Laman yang sebenar adalah www.ikea.com.sg, namun yang tercetak pada beg-beg berkenaan adalah www.ikea.co.sg.

Bukan sahaja IKEA mengakui kesilapan yang berlaku, syarikat itu juga membuat jenaka dari kejadian itu.

Dalam papan tanda yang diletakkan bersama beg-beg tersebut, IKEA menyifatkannya sebagai beg-beg yang "unik" dan "edisi terhad".

Papan tersebut juga berbunyi: "Di IKEA, OK untuk melakukan kesilapan. Kami tersalah cetak laman pada beg guna semula KLAMBY namun kerana ia boleh diguna semula kami tidak akan menghapuskannya. Ia juga merupakan edisi terhad dan tidak akan dihasilkan lagi!"

Setiap beg KLAMBY itu dijual pada harga S$1.90.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan