Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Idea mi segera jadi 'bunga telur' tular di media sosial

Baru-baru ini, satu idea yang dikongsi online oleh sepasang bakal mempelai muda benar-benar boleh dikatakan susah dilupakan.

Anggaran Waktu Membaca:
Idea mi segera jadi 'bunga telur' tular di media sosial

(Petikan skrin media sosial)

Diterbitkan : 19 Sep 2019 06:17PM Dikemas Kini : 19 Sep 2019 06:28PM

MALAYSIA: Sebut sahaja tentang menghadiri majlis perkahwinan, beberapa perkara berikut ini pasti antara yang pertama terlintas di fikiran: pelamin, nasi minyak, deco dan bunga telur.

Setiap satu mempunyai peranannya yang tersendiri dalam menyerikan majlis dan membuat acara tersebut istimewa dan susah dilupakan.

Namun baru-baru ini, satu idea yang dikongsi online oleh sepasang bakal mempelai muda benar-benar boleh dikatakan susah dilupakan.

Seorang gadis di Malaysia baru-baru ini menyuarakan hasratnya di Twitter untuk memberikan bunga telur atau cenderahati istimewa buat para tetamunya di majlis perkahwinannya nanti.

"Dari sekolah lagi dah cakap dengan parents, kalau kahwin I nak bagi Maggie kepada tetamu sebagai doorgift," tulis beliau di akaun @ctnajihahz, dengan disertakan gambar bungkusan mi segera perisa kari.

Catatan tersebut setakat ini (19 Sep) meraih lebih 9,000 kali perkongsian (retweet) dan lebih 12,800 'like'.

Menurut Harian Metro, gadis itu, Siti Najihah Zamani, 22 tahun, adalah seorang penduduk Rembau, Negeri Sembilan dan bakal melangsungkan hari perkahwinannya 28 September ini.

Menurut anak bongsu daripada tiga beradik itu, idea tersebut mula-mulanya dipersoal ibunya kerana dianggap agak pelik dan jarang dilakukan.

“Namun ada sebab saya memilih mi segera, salah satunya adalah kerana tidak mahu membazir dan ingin cenderahati diberi pada majlis perkahwinan nanti memberi manfaat kepada tetamu," kata beliau seperti dilaporkan Harian Metro.

“Mujurlah, ibu dan ayah faham malah mereka begitu bersemangat memborong mi segera itu di pasar raya selepas tahu mengenai perancangan saya."

Menurutnya lagi, idea itu turut diterima baik oleh tunangnya, meskipun pada awalnya terkejut.

Rancangan Cik Siti Najihah juga disambut positif para pengguna di Twitter.

Malah, seorang pengguna @syeraaidann_ menjawab catatan tersebut dengan berkongsi bahawa beliau baru menerima bunga telur yang hampir serupa.

"Saya baru dapat di majlis tadi, sis. Maggi dan bihun," tulis beliau.

Sumber : BERITA Mediacorp/Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan