Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Huawei umumkan pendaftaran online untuk pembeli Mate 30 Pro

Hanya 200 pembeli bakal mendapatkan Huawei Mate 30 Pro namun hanya jika mereka mendaftarkan minat secara online mulai hari ini (5 Okt) hingga 15 Oktober, umum gergasi teknologi China tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:
Huawei umumkan pendaftaran online untuk pembeli Mate 30 Pro

Huawei Mate 30 Pro. (Gambar: Huawei)

Diterbitkan : 05 Oct 2019 09:12AM Dikemas Kini : 05 Oct 2019 09:17AM

SINGAPURA: Hanya 200 pembeli bakal mendapatkan Huawei Mate 30 Pro namun hanya jika mereka mendaftarkan minat secara online mulai hari ini (5 Okt) hingga 15 Oktober, umum gergasi teknologi China tersebut.

Kesemua 200 pembeli itu akan dipilih secara rambang dan dijemput ke sebuah acara privet yang akan diadakan pada lewat Oktober ini untuk membuat pembelian. Para hadirin yang dijemput akan dimaklumkan mulai 16 Oktober menerusi pesanan mesej di telefon bimbit dan emel.

Model Mate 30 Pro akan dijual pada harga S$1,298 di acara tersebut termasuk aksesori bernilai S$463 - meliputi Kombo DJI Osmo Mobile 3, pengecas tanpa wayar untuk kegunaan di kereta, sebuah sarung telefon dan alat pengecas mudah alih.

Akseosri percuma yang datang bersama Huawei Mate 30 Pro. (Gambar: Huawei)

Telefon bimbit itu juga akan dilengkapi dengan perkhidmatan seperti khidmat pengambilan dan penghantaran dari pintu ke pintu bagi barangan yang ingin dibaiki, jaminan dua tahun dan penggantian skrin percuma dalam tempoh tiga bulan pertama pembelian.

Mereka yang berdaftar tetapi tidak menerima undangan tersebut akan dimaklumkan mengenai peluang-peluang lain untuk membeli telefon bimbit berkenaan. Sementara itu, mereka juga boleh mengunjungi kedai-kedai konsep Huawei untuk mencuba sendiri set yang dipamerkan.

Huawei mengumumkan model Mate 30 Pro di Munich pada pertengahan bulan lalu. Telefon bimbit utama jenama tersebut untuk tahun ini tidak akan mempunyai Khidmat Mudah Alih Google. Bagaimanapun, para pengguna akan dapat memuat turun aplikasi lain daripada Galeri Huawei telefon bimbit berkenaan.  

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan