Images
  • huawei mate 30
    Huawei Mate 30 Pro (kiri) dan Mate 30 (Gambar: Huawei)

Huawei lancarkan siri Mate 30 tanpa aplikasi sokongan Google

MUNICH: Syarikat pembuat telefon kedua terbesar dunia, Huawei dari China, melancarkan satu siri telefon bimbit baru di Munich pada Khamis (19 Sep) termasuk yang khusus untuk rangkaian 5G.

Huawei Mate 30, Mate Pro 30 dan Mate 30 Pro 5G menggunakan sistem operasi Android versi terbuka tanpa app dan khidmat versi yang berlesen daripada Google.

Bagaimanapun CEO perniagaan pelanggan Huawei Richard Yu berkata semasa pelancaran itu bahawa telefon-telefon tersebut akan menawarkan galeri aplikasinya sendiri. Huawei juga akan membelanjakan sekitar AS$1 bilion (S$1.37 bilion) dalam bentuk insentif bagi mempromosikan ekosistem aplikasinya sendiri.

Mate 30 dilengkapkan dengan tiga kamera manakala Mate 30 Pro dan Pro 5G mempunyai sistem empat kamera, dengan layar skrin membengkok 90 darjah bagi kesan tanpa sempadan.

Mate 30 akan dijual dengan harga bermula AS$880 (S$1,220), manakala Mate 30 Pro dan Pro 5G masing-masing pula akan dijual dengan harga bermula AS$1,210 (S$1,670) dan AS$1,325 (S$1,825).

Ia akan mula dijual di China minggu depan dan di Eropah, bulan depan. Tarikh penjualan di Singapura belum lagi diumumkan.

Telefon bimbit tersebut memang popular di Eropah dan Asia namun para pengamat mengatakan tanpa khidmat Google, mungkin sukar bagi Huawei untuk memikat pengguna.

- Agensi berita/AA/TQ/tq

Top