Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

HPB kerjasama dengan Fitbit galak warga S'pura budayakan amalan lebih sihat

Syarikat kelengkapan kesihatan Amerika Syarikat, Fitbit, sedang bekerjasama dengan Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB) dalam satu inisiatif baru 

Anggaran Waktu Membaca:
HPB kerjasama dengan Fitbit galak warga S'pura budayakan amalan lebih sihat

Gambar fail Fitbit. (Gambar: Fitbit/Instagram)

Diterbitkan : 22 Aug 2019 12:22AM Dikemas Kini : 22 Aug 2019 12:23AM

SINGAPURA: Syarikat kelengkapan kesihatan Amerika Syarikat, Fitbit, sedang bekerjasama dengan Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB) dalam satu inisiatif baru untuk mendorong warga setempat membudayakan amalan lebih sihat menerusi kegiatan fizikal, tidur, pemakanan dan kesejahteraan emosi. Demikian diumumkan syarikat itu pada Rabu (21 Ogos).

Diberi nama 'Live Healthy SG', inisiatif tersebut membolehkan rakyat Singapura untuk berdaftar bagi melanggani 'Fitbit Premium' selama setahun pada harga S$10 sebulan, atau S$120 secara keseluruhannya. Bagi pendaftaran yang dilakukan, syarikat tersebut akan memberikan para peserta sebuah alat pengesan kesihatan bernilai S$158 secara percuma.

'Fitbit Premium' menawarkan pengguna seorang pelatih digital yang akan membimbing mereka menerusi video senaman dan audio latihan, menurut laman web syarikat itu.

Kerjasama itu sebahagian daripada sebuah projek membentuk penduduk yang sihat di mana ia menggunakan teknologi, pemahaman tingkah laku dan analisis untuk menarik rakyat Singapura supaya hidup lebih sihat menerusi perubahan gaya hidup yang bermakna dan mampan, menurut kenyataan itu lanjut.

HPB sedang menyelaraskan inisiatif itu dengan yang lain, misalnya 'National Steps Challenge' dan aplikasi 'Healthy 365', untuk meningkatkan penyertaan lebih tinggi dan pendamingan dalam kalangan masyarakat setempat.

Para pengguna akan dapat menghubungkan kegiatan Fitbit mereka kepada cabaran-cabaran kesihatan di dalam aplikasi 'Healthy 365' yang kemudian membolehkan mereka untuk memenangi hadiah atau meraih mata untuk memenangi hadiah, menurut syarikat itu.

Ketua Pegawai Eksekutif HPB, Zee Yoong Kang, berkata agensi itu akan bekerjasama dengan para pemain industri seperti Fitbit untuk menggunakan teknologi bagi menyediakan warga Singapura dengan alat yang membolehkan mereka memantau kesihatan sendiri.

Sebagai contoh, individu yang mendaftar bagi khidmat Fitbit akan mempunyai pilihan untuk mengongsi maklumat mereka dengan HPB. Maklumat tersebut akan kemudian menyediakan pemahaman dan menyumbang kepada program-program intervensi serta promosi yang lebih berkesan lagi tertumpu bagi manfaat warga Singapura.

Semua warga Singapura dan Penduduk Tetap yang berminat boleh membuat pendaftaran sebelum tarikh buka mulai pertengahan September. Fitbit menyatakan program hanya akan bermula secara rasmi pada lewat Oktober tahun ini.  

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan