Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Hotel bertema keju pertama di dunia akan dibuka di London

Berbagai inovasi terus dilakukan untuk menarik para pengunjung hotel.

Anggaran Waktu Membaca:
Hotel bertema keju pertama di dunia akan dibuka di London
Diterbitkan : 12 Jan 2020 11:04PM Dikemas Kini : 12 Jan 2020 11:08PM

NEW YORK: Berbagai inovasi terus dilakukan untuk menarik para pengunjung hotel.

Bagi mereka yang 'hantu' keju, ini peluang untuk anda tidur di bilik sambil dikelilingi makanan kegemaran anda.

Sebuah bilik hotel bertemakan keju yang didakwa pertama di dunia akan dibuka di London.

'The Cheese Suite' di Camden akan dibuka kepada orang ramai mulai 29 Januari dan ia akan menampilkan perabot, kertas dinding dan kusyen bertemakan keju.

Menariknya lagi, bilik hotel itu juga akan menyediakan sabun berbau keju di bilik air!

Sebuah perhiasan keju gergasi juga akan diletakkan dalam hotel itu bagi para pelanggan bergambar dengannya sebelum bermalam di bilik hotel dengan katil diselimuti cadar tema keju.

Bilik yang terletak terletak dalam sebuah kompleks apartmen, direka oleh kedai kopi Café Rouge bagi meraikan "menu keju" barunya, namun hanya akan dibuka hingga 6 Februari.

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan