Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Hobi gadis ini bermain dengan ulat bulu, lipan

Tentu ramai tahu golongan wanita tidak suka dengan haiwan seperti ulat bulu, lipan dan kala jengking. Namun, ternyata tidak semua wanita yang takut dengan haiwan-haiwan seperti ini. 

Anggaran Waktu Membaca:
Hobi gadis ini bermain dengan ulat bulu, lipan

Petikan gambar video YouTube.

Diterbitkan : 04 Apr 2018 07:29PM Dikemas Kini : 04 Apr 2018 07:37PM

KEDIRI: Tentu ramai tahu golongan wanita tidak suka dengan haiwan seperti ulat bulu, lipan dan kala jengking. Namun, ternyata tidak semua wanita yang takut dengan haiwan-haiwan seperti ini. 

Malah, tiga haiwan yang disebutkan tadi adalah 'teman' seorang gadis berusia 23 tahun yang sering disapa sebagai Yuli, sehingga beliau berani meletakkan ulat bulu di wajahnya.

Menurut laporan Kompas, Yuli memang suka bermain dengan haiwan sejak kecil lagi iaitu pada usia 2 tahun. Ini kerana beliau meluangkan banyak masa melakukan kegiatan-kegiatan di luar rumah. Kebun menjadi tempat yang paling disukainya.

Kebiasaan ini kemudian berlanjutan sehingga beliau menjejaki usia dewasa di mana beliau juga suka bermain dengan reptilia.

"Semasa saya berusia dua tahun, saya terjumpa seekor tikus. Saya bungkus tikus itu dengan menggunakan daun lalu saya berikan 'bungkusan' itu kepada ibu saya. Ibu saya terjerit-jerit ketika melihat tikus itu," cerita Yuli kepada agensi berita Kompas.

DIGIGIT BINATANG SUDAH MENJADI PERKARA BIASA

Yuli mengaku bahawa beliau tidak pernah berdepan dengan masalah serius dengan hobi uniknya itu. Apabila ditanya jika beliau pernah digigit haiwan, beliau berkata ia merupakan perkara biasa.

Berkongsi lebih lanjut tentang pengalamannya, Yuli berkata beliau pernah disengat lipan hingga bahagian tubuh yang digigit menjadi bengkak selama lima hari. Pernah juga beliau digigit seekor kucing sehingga lukanya meninggalkan bekas di pipinya. Namun, ini semua tidak menghalangnya untuk terus bermain dengan haiwan-haiwan.

"Kalau disengat kala jengking tidak pernah, tetapi mungkin akan disengat kalau cuai," kata mahasiswa dalam bidang pengurusan di Universiti Kahuripan itu.

HAIWAN 'JIJIK' BOLEH JADI PENAWAR

Menceritakan lebih lanjut tentang hobi peliknya itu, Yuli berkata haiwan yang sering disifatkan jijik oleh orang ramai boleh digunakan sebagai penawar.

Misalnya, apabila beliau terluka kerana terkena benda tajam, beliau menggunakan telur laba-laba untuk mengubati lukanya itu. Yuli memberitahu Kompas bahawa telur labah-labah membantu untuk mengeringkan luka dengan cepat.

"Kalau dirawat dengan baik, anda akan sembuh dalam lima hari," katanya.  

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan