Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Heboh! Cili padi dicat merah demi keuntungan

Polis Jawa Tengah menangkap seorang petani cili asal Kabupaten Temanggung di Banyumas selepas disyaki menjadi pelaku kes cili padi berwarna kuning dicat merah berikutan kenaikan harga cili merah.

Anggaran Waktu Membaca:
Heboh! Cili padi dicat merah demi keuntungan

Gambar hiasan cili padi (Gambar: Pixabay/Jason Goh)

Diterbitkan : 02 Jan 2021 10:56PM Dikemas Kini : 02 Jan 2021 11:08PM

JAKARTA: Polis Jawa Tengah menangkap seorang petani cili asal Kabupaten Temanggung di Banyumas selepas disyaki menjadi pelaku kes cili padi berwarna kuning dicat merah berikutan kenaikan harga cili merah.

Penemuan cili itu dibuat di tiga pasar tradisional di Banyumas, Jawa Tengah, lapor portal Kompas.com.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Banyumas, Suruhanjaya Berry melalui pesann singkat, pada Khamis (31 Dis) berkata, suspek berusia 35 tahun itu berasal dari Desa Nampirejo dan pihaknya masih menyiasat petani tersebut di Temanggung.

"Perbuatan suspek terbongkar selepas polis menyerbu kediamannya dan menemui beberapa tin cat berwarna merah,"katanya.

Suspek, yang menanam cili sejak 2010, mengaku ini adalah kali pertama dia melakukan perbuatan itu disebabkan perbezaan harga yang agak ketara antara cili padi merah dan kuning.

"Kami masih mencari saksi lain di kawasan berkenaan dan menyiasat berapa ramai lagi terbabit,"tambahnya lagi.

Sebelum ini, pegawai di Badan Pentadbiran Ubat-Ubatan dan Makanan (POM) menemui cili padi yang dipercayai dicat merah di sejumlah pasar tradisional di Banyumas.

Ketua POM Banyumas, Suliyanto berkata, cili dengan pewarna itu ditemukan di Pasar Wage Purwokerto, Pasar Cermai Baturraden dan Pasar Kemukusan Sumbang.

"Terjadi penjualan cili yang diduga bukan pewarna makanan di beberapa pasar. Jika anda lihat secara fizikal, ia kelihatan seperti cat kerana jika anda menggunakan pewarna makanan, ia sangat sukar untuk melekat," kata Suliyanto.

Tambahnya lagi, warna merah tersebut seperti cat kayu dan tidak mudah larut dalam air dan alkohol.

Beliau berkata polis bersama POM akan melakukan ujian makmal untuk memastikan kandungan bahan pewarna pada cili tersebut.

Sementara itu, Ketua Perindustrian dan Perdagangan, Yunianto berkata ini pertama kali pihaknya menemui cili yang diberi pewarna di pasar tradisional.

"Harga cili padi akhir-akhir ini mengalami kenaikan.

Sebelumnya Rp44,000 (S$4) sekilogram, kemudian naik mendadak kepada Rp54,000 (S$5) dan tertinggi mencapai Rp 60,000 (S$5.60) sekilogram," ujar Yunianto.

"Jika dibandingkan, cili padi berwarna kuning pula hanya berharga Rp19,000 (S$1.80) setiap kg, ini mungkin mendorong suspek bertindak sedemikian," katanya.

Sumber : Agensi berita/SU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan