Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Hati-hati! Kuman dan bakteria berlegar di tandas jika tak tutup mangkuk sebelum mengepam

Setiap kali tandas dipam, ia akan mengeluarkan sehingga 80,000 titisan cecair tercemar ke udara yang terus terapung setinggi satu meter di udara selama berjam-jam lamanya jika mangkuk tandas dibiar terbuka, demikian menurut satu kajian baru.

Anggaran Waktu Membaca:
Hati-hati! Kuman dan bakteria berlegar di tandas jika tak tutup mangkuk sebelum mengepam

(Gambar: Unsplash)

Diterbitkan : 14 Feb 2020 11:09PM Dikemas Kini : 14 Feb 2020 11:10PM

HONG KONG: Setiap kali tandas dipam, ia akan mengeluarkan sehingga 80,000 titisan cecair tercemar ke udara yang terus terapung setinggi satu meter di udara selama berjam-jam lamanya jika mangkuk tandas dibiar terbuka, demikian menurut satu kajian baru.

Hasil kajian itu yang dikeluarkan oleh Jabatan Seni Bina dan Kejuruteraan Sivil Universiti City pada Khamis (13 Feb), turut mendedahkan kehadiran bakteria lebih kecil yang mungkin mencemarkan kawasan di sekeliling menerusi titisan air ketika tandas dipam. Agen-agen lebih kecil seperti virus COVID-19 yang membawa maut, boleh juga menular menerusi titisan air tersebut.

Ketua bersekutu jabatan yang memimpin kajian selama setahun itu, Alvin Lai Chi-Keung, berkata kajian antarabangsa pula membayangkan bahawa partikel-partikel tercemar mungkin dapat terlepas antara jarak mangkuk tandas dan penutup tandas, meskipun ia digunakan sebelum tandas dipam.

"Menutup mangkuk tandas ketika sememangnya penting, tetapi ia tidak seharusnya dianggap sebagai langkah pencegahan yang lengkap,"katanya.

Encik Lai juga berkata beliau tidak berniat untuk menakut-nakutkan lagi orang awam di tengah-tengah penularan virus COVID-19, memandangkan kajiannya bermula beberapa tahun lalu.

Beliau menasihatkan orang ramai untuk membersihkan bilik tandas mereka secara kerap menggunakan bahan peluntur yang dilarutkan, memastikan pengaliran udara yang baik dan sentiasa tutup pintu tandas jika ia tidak digunakan.

Kajian itu yang bertujuan mendedahkan hubungan antara titisan cecair yang disebarkan di udara dan jangkit bakteria, mendapati sistem pengepam mekanikal seperti tangki dapat menghasilkan sehingga 14,500 titisan cecair berukuran saiz 0.3 hingga 10 mikrometer.

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan