Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Hati-hati beli produk pencerahan kulit

Keghairahan pengguna khususnya wanita untuk kelihatan cerah dan berseri menjadi faktor utama terdapat banyak produk-produk pencerah kulit dalam pasaran.

Anggaran Waktu Membaca:
Hati-hati beli produk pencerahan kulit

Gambar Hiasan.

Diterbitkan : 29 Jul 2019 11:19PM Dikemas Kini : 30 Jul 2019 01:49AM

MALAYSIA: Keghairahan pengguna khususnya wanita untuk kelihatan cerah dan berseri menjadi faktor utama terdapat banyak produk-produk pencerah kulit dalam pasaran.

Produk pencerah kulit biasanya digunakan para pengguna bagi tujuan mencerahkan kulit yang kelihatan kusam dan pudar.

Harian Metro melaporkan keinginan untuk tampil cantik memberi dorongan kepada ramai wanita menjadi tertarik dengan produk kecantikan atau kosmetik yang menjanjikan kesan segera.

Namun, tidak dapat dinafikan ada segelintir jenis produk pencerah kulit yang boleh mendatangkan masalah terutama produk yang mengandungi bahan-bahan beracun seperti hydroquinone dan tretinoin.

Pengguna mungkin berasa sangat berpuas hati pada peringkat awal penggunaan produk pencerah kulit yang dicampur palsu dengan hydroquinone kerana kulit menjadi cantik berseri.

Hakikatnya, hydroquinone bertindak sebagai agen pemutih yang boleh merencatkan penghasilan melanin dalam proses pigmentasi.

Keadaan ini boleh mengurangkan perlindungan kulit daripada sinar UV berbahaya, seterusnya meningkatkan risiko untuk mendapat kanser kulit.

Ia juga boleh menyebabkan masalah seperti pengelupasan dan kemerahan pada kulit.

Selain itu, seperti dilaporkan Harian Metro, merkuri atau raksa (sejenis logam berat) juga adalah bahan yang sering dicampur palsu dalam produk kosmetik bagi mencerahkan kulit atau bertindak sebagai antipenuaan.

Namun, merkuri boleh menyerap masuk ke dalam badan dan meningkatkan risiko kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf.

Ia juga boleh mengganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil.

Oleh itu, pengguna dan orang ramai dinasihatkan untuk mendapatkan produk-produk kecantikan daripada syarikat-syarikat yang bertauliah.

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan