Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Harga Musang King serendah S$15/kg dijangka ‘dapat bertahan’ sepanjang musim durian sekarang

Bau kuat yang berlegar-legar sepanjang Sims Avenue dengan durian kelihatan cantik disusun di rak-rak kesemua gerai buah dekat kawasan tersebut pada Selasa petang (28 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
Harga Musang King serendah S$15/kg dijangka ‘dapat bertahan’ sepanjang musim durian sekarang

Gerai Ah Hung Sultan Durian di Sims Avenue. (Gambar: Amir Yusof)

Diterbitkan : 30 May 2019 02:40PM Dikemas Kini : 30 May 2019 02:46PM

SINGAPURA: Bau kuat yang berlegar-legar sepanjang Sims Avenue dengan durian kelihatan cantik disusun di rak-rak kesemua gerai buah dekat kawasan tersebut pada Selasa petang (28 Mei).

Harga diturunkan bagi raja buah itu semasa minggu pertama musim durian tahun ini, dengan kedai-kedai menjual Musang King atau Mao Shan Wang serendah S$15 bagi setiap kilogram. Buah itu dijual pada harga seganda lebih tinggi berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

MENGAPA HARGA LEBIH MURAH?

Para pemain industri berkata hasil tuaian yang banyak di Malaysia disebabkan oleh keadaan cuaca yang baik serta permintaan yang lebih rendah semasa Ramadan.

Pengurus Ah Hung Sultan Durian yang terletak di Sims Avenue, yang hanya mahu dikenali sebagai Huat, berkata harga lebih rendah itu mungkin dapat bertahan sepanjang musim ini.

Buah durian Musang King kedai itu dijual pada harga permulaan S$20 bagi setiap kilogram pada Selasa. Ini lebih rendah berbanding harga sekurang-kurangnya S$30 setiap kilogram bagi tempoh yang sama tahun lalu.

Durian Musang King kecil ini dijual pada harga S$8, lebih murah berbanding tempoh sama tahun lalu. (Gambar: Amir Yusof)

Durian Musang King kecil ini dijual pada harga S$8, lebih murah berbanding tempoh sama tahun lalu. (Gambar: Amir Yusof)

Sekalipun begitu, Huat berkata, kedainya masih meraih keuntungan kerana "bekalan tanpa henti" dari Johor, Pahang dan Pulau Pinang.

Satu lagi kedai di deretan yang sama - China Yong Fruits Trading - menjual durian Musang King dari Muar dan Pagoh, Johor.

Pengurus kedai, Ah Kim, berkata sesetengah durian Musang King dijual pada harga S$15 setiap kilogram, namun bagi jenis premium Mao Shan yang diberi nama 'black gold', ia dijual pada harga S$30 sekilogram.

Ah Kim menekankan harga-harga tersebut dianggap rendah berbanding tahun lalu semasa buah-buah duriannya dijual antara S$30 dengan S$45 sekilogram pada kemuncak musim.

HASIL TUAIAN LUMAYAN DARI M'SIA

Menurut pengerusi persatuan petani buah Malaysia, Melissa Yap, harga durian rendah disebabkan oleh peningkatan pada bekalan dari dusun-dusun Malaysia serta permintaan yang lemah semasa bulan puasa.

Beliau menambah bahawa di Raub, Pahang - kawasan utama bagi dusun buah durian - harga Musang King merosot dari RM50 (S$16.50) sekilogram tahun lalu kepada sekitar RM30 (S$9.90) minggu ini.

FAKTOR CUACA

Keadaan cuaca yang baik turut memainkan peranan dalam menyumbang kepada hasil tuaian buah durian.

Pakar durian, Encik Lim Chin Khee, yang memiliki sebuah ladang di Raub bagi tujuan Kajian dan Pengembangan (R&D), memberitahu Mediacorp bahawa hasil tuaian yang banyak bagi Musang King dan jenis-jenis durian yang lain juga disebabkan keadaan cuaca yang baik. Ini meningkatkan mutu buah durian yang dihasilkan.

Durian Musang King yang menjadi pilihan ramai berana isinya yang kuning langsat dan berlemak. (Gambar: Amir Yusof)

Encik Lim menganggarkan bagi kemuncak musim durian kali ini - dari Mei hingga Julai - Raub boleh menghasilkan antara 30,000 hingga 50,000 tan durian secara keseluruhannya. Meskipun bekalan melonjak, beliau menjangkakan harga durian sedia ada iaitu sekitar RM30 setiap kilogram bagi jenis Musang King akan kembali stabil tidak lama lagi. 

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan