Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Hanya 10 minit, elak penyakit denggi, selamatkan nyawa - pakar

Orang ramai secara umum tahu bahawa musim hujan dan persekitaran yang lembap boleh menyebabkan berlakunya pembiakan nyamuk aedes di tempat air bertakung sehingga membawa pelbagai penyakit seperti demam denggi, chikungunya dan zika.

Anggaran Waktu Membaca:
Hanya 10 minit, elak penyakit denggi, selamatkan nyawa - pakar

Gambar fail nyamuk Aedes Aegypti. (Gambar: Luis Robayo/AFP)

Diterbitkan : 28 Oct 2019 05:36PM Dikemas Kini : 28 Oct 2019 05:38PM

KUALA LUMPUR: Orang ramai secara umum tahu bahawa musim hujan dan persekitaran yang lembap boleh menyebabkan berlakunya pembiakan nyamuk aedes di tempat air bertakung sehingga membawa pelbagai penyakit seperti demam denggi, chikungunya dan zika.

Pencegahan boleh dilakukan jika masyarakat mempunyai kesedaran dengan meluangkan masa 10 minit seminggu untuk mencari dan memusnahkan tempat pembiakan serangga itu yang boleh mengancam nyawa manusia.

10 MINIT AJE UNTUK KEKANG PEMBIAKAN AEDES

Ketua Sektor Penyakit Bawaan Vektor Kementerian Kesihatan Malaysia Dr Ros Nani Mudin berkata bagi mengekang pembiakan nyamuk aedes, masyarakat diminta melaksanakan aktiviti pencegahan seperti membersihkan persekitaran serta mencari dan memusnahkan tempat pembiakan aedes di kediaman dan premis.

“Semasa musim hujan, tempat-tempat yang menakung air boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes. Aktiviti pembersihan persekitaran termasuk menghapuskan tempat atau bekas yang menakung air dan menjadi tempat pembiakan aedes menjadi keutamaan.

"Luangkanlah masa selama 10 minit seminggu untuk melakukan aktiviti mencari dan memusnahkan tempat pembiakan aedes,” katanya kepada Bernama.

Dr Ros Nani berkata perubahan iklim terutama dengan musim hujan dan panas silih berganti merupakan antara faktor kepada wabak penyakit disebabkan nyamuk aedes.

ELAK GIGITAN SERANGGA

Antara langkah lain yang boleh diambil sebagai langkah pencegahan ialah menggunakan semburan aerosol bagi membunuh nyamuk dewasa di dalam rumah serta penghalau nyamuk selain memakai pakaian berlengan panjang dan seluar panjang berwarna cerah terutama apabila berada di luar rumah.

Selain itu, penggunaan bahan pembunuh jentik-jentik di dalam bekas takungan air kekal atau sukar dibersihkan serta memasang jaring nyamuk di tingkap dan pintu rumah dapat menghalang nyamuk daripada memasuki kediaman.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan