Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Hampir 20 juta kanak-kanak tidak disuntik vaksin pada 2018

Hampir 20 juta kanak-kanak tidak mendapat suntikan vaksin pada tahun 2018, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Ini tatkala kes demam campak mencecah tahap ‘berbahaya’ sebagai usaha melindungi mereka daripada ancaman penyakit itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Hampir 20 juta kanak-kanak tidak disuntik vaksin pada 2018

Gambar hiasan. (Gambar: AFP/Getty Images/John Moore)

Diterbitkan : 16 Jul 2019 09:59AM Dikemas Kini : 16 Jul 2019 10:02AM

GENEVA: Hampir 20 juta kanak-kanak tidak mendapat suntikan vaksin pada tahun 2018, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Ini tatkala kes demam campak mencecah tahap ‘berbahaya’ sebagai usaha melindungi mereka daripada ancaman penyakit itu.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Tabung Darurat Kanak-Kanak Antarabangsa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) dalam laporan tahunannya menyatakan, pada tahun lalu seramai 19.4 juta kanak-kanak ‘tidak mendapatkan perlindungan vaksin secukupnya’ berbanding tahun 2017 dengan seramai 18.7 juta dan 18.5 juta tahun 2016.

Menurut PBB, ini menunjukkan ‘kemerosotan berbahaya bagi kadar suntikan vaksin global akibat konflik, ketidaksamarataan dan sikap terlalu konfiden’.

Ketua UNICEF, Cik Henrietta Fore dalam kenyataannya berkata, kira-kira 350,000 kes demam campak dilaporkan di seluruh dunia pada tahun lepas, lebih seganda berbanding 2017.

April lalu, WHO menyatakan bahawa tahun 2019 dijangka lebih teruk di mana data awal menunjukkan laporan kes demam campak pada suku pertama adalah 300 kali lebih tinggi berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu.

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan