Images
  • gwen
    Gwen Stefani. (Gambar: Theo Wargo/Getty Images for Global Citizen Festival/AFP)

Gwen Stefani akan buat persembahan di Grand Prix S'pura 2019

SINGAPURA: Penyanyi dan penulis lagu Gwen Stefani akan membuat persembahan di Grand Prix Singapura 2019 pada September.

Dalam satu kenyataan media pada Isnin (10 Jun), penganjur perlumbaan Singapore GP mengumumkan bahawa Gwen Stefani akan membuat persembahan di Pentas Padang pada 21 Sep 2019, bersama para artis dan penghibur lain seperti Swedish House Mafia, Red Hot Chili Peppers, Hans Zimmer, Muse, Fatboy Slim, Toots And The Maytals dan Larkin Poe.

Stefani sudah memenangi beberapa anugerah merata dunia sebagai penyanyi solo dan anggota "No Doubt", termasuk Anugerah Grammy dan dinobatkan sebagai antara artis paling berjaya dalam dekad 2000-2009 oleh Billboard Magazine.

Bekas penyani utama No Doubt itu membuat persembahan dengan kumpulan muzik itu di Singapura pada 2002 dan di F1 Rocks pada 2009. Sebagai penyanyi solo, beliau bernyanyi di Singapura sebagai sebahagian daripada The Sweet Escape Tour pada 2007.

Stefani didedahkan sebagai sebahagian daripada barisan Grand Prix Singapura setelah Cardi B diumumkan menarik diri daripada acara itu, atas sebab jadual konsert jelajah beliau pada September dan Oktober dirombak.

- CNA/NA/na

Top