Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Guardian tawar potongan harga bagi lebih 500 produk hingga hujung 2021

Rangkaian farmasi Guardian akan menawarkan potongan harga sehingga 25 peratus bagi lebih 500 produk kesihatan dan kecantikan sehingga hujung tahun ini. 

Anggaran Waktu Membaca:
Guardian tawar potongan harga bagi lebih 500 produk hingga hujung 2021

(Gambar: Guardian)

Diterbitkan : 03 Jun 2021 02:30PM Dikemas Kini : 03 Jun 2021 05:54PM

SINGAPURA: Rangkaian farmasi Guardian akan menawarkan potongan harga sehingga 25 peratus bagi lebih 500 produk kesihatan dan kecantikan sehingga hujung tahun ini. Ini memandangkan para pelanggan "lebih berhemat di tengah-tengah cabaran kewangan yang kian meningkat" akibat pandemik COVID-19, menurut Guardian.

Menjawab pertanyaan Mediacorp, Guardian menyatakan inisiatif itu menelan belanja S$6 juta.

Dalam kenyataan medianya pada Khamis (3 Jun), Guardian melahirkan hasrat untuk membantu para pelanggan menjimatkan kos dan meningkatkan akses kepada barang keperluan kesihatan dan kecantikan.

Potongan harga itu ditawarkan mulai hari ini.

Produk-produk yang dipotong harganya termasuk:

  • Semua produk jenama Guardian
  • Cecair pencuci mulut Listerine
  • Sabun mandi Dove
  • Ubat gigi Darlie
  • Syampu Pantene

Guardian memilih produk-produk tersebut berdasarkan kajian yang mendapati ia paling lazim dibeli para pelanggan dan ia menunjukkan bahawa para pelanggan mengutamakan kemampuan.

Inisiatif Guardian itu diumumkan selepas langkah serupa ditawarkan oleh rangkaian pasar raya Giant. Kedua-dua rangkaian itu adalah sebahagian daripada konglomerat Dairy Farm International Holdings.

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : Today/ZM/zm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan