Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

GrabPet dilancar, khidmat bawa haiwan ikut permintaan

Berita baik bagi pemilik haiwan peliharaan di Singapura! Tidak lama lagi, lebih mudah untuk mereka membawa haiwan kesayangan mereka dari satu tempat ke satu tempat dengan pelancaran khidmat percubaan GrabPet menerusi app Grab pada Rabu (20 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
GrabPet dilancar, khidmat bawa haiwan ikut permintaan

(Gambar: Grab)

Diterbitkan : 20 Feb 2019 11:33PM Dikemas Kini : 20 Feb 2019 11:38PM

SINGAPURA: Berita baik bagi pemilik haiwan peliharaan di Singapura! Tidak lama lagi, lebih mudah untuk mereka membawa haiwan kesayangan mereka dari satu tempat ke satu tempat dengan pelancaran khidmat percubaan GrabPet menerusi app Grab pada Rabu (20 Feb).

Menerusi khidmat terbaru itu, pemandu Grab yang sudah dilatih dalam mengendalikan haiwan akan menjemput penumpang yang membawa haiwan peliharaan. Tambang bermula daripada S$14.

Semua haiwan peliharaan yang diluluskan oleh Penguasa Agromakanan dan Veterinar (AVA) di Singapura dibenarkan menaiki khidmat GrabPet kecuali burung. Ini kerana ada penyegar udara yang digunakan dalam kenderaan boleh mendatangkan risiko kepada haiwan tersebut, menurut kenyataan media oleh Grab.

Semua haiwan peliharaan mesti ditemani penumpang manusia, tambah syarikat itu.

Paling banyak, dua haiwan bersaiz sederhana (sehingga 41sentimeter (cm) panjang) atau satu haiwan peliharaan besar (41 cm panjang atau lebih) dibenarkan dalam satu perjalanan GrabPet. Haiwan tersebut mesti diletakkan dalam kotaknya atau diikat dengan abah-abah, sepanjang perjalanan berkenaan.

Menurut Grab, "beratus-ratus rakan kongsi pemandu" sudah dilatih untuk khidmat baru ini. Kenderaan akan dilengkapi dengan kit dalam kereta termasuk alas kerusi belakang, tuala mikrofiber dan penyegar udara.

Grab juga menyediakan perlindungan insurans tambahan untuk haiwan peliharaan, penumpang dan pemandu dalam perjalanan GrabPet - satu langkah pertama bagi sebuah khidmat pengangkutan haiwan peliharaan di Singapura, menurut syarikat itu.

"Walaupun terdapat khidmat pengangkutan haiwan peliharaan sedia ada di pasaran, kebanyakannya lazimnya memerlukan tempahan awal dibuat terlebih dahulu," menurut kenyataan Grab. "Dengan GrabPet, pemilik haiwan peliharaan boleh menempah perjalanan atas permintaan, 24 jam sehari dan tujuh hari seminggu, selagi terdapat pemandu yang ada di kawasan itu."

Para pemilik haiwan sebelum ini dapat mengangkut haiwan peliharaan mereka menerusi uberPET oleh Uber, yang dilancarkan pada Oktober 2017. Namun khidmat itu dihentikan selepas operasi Uber Asia Tenggara diperolehi Grab tahun tahun.

Ryde juga mempunyai pilihan khidmat kongsi kereta yang dikenali sebagai RydePet, dengan harga tambangnya sehingga 25 peratus lebih tinggi berbanding khidmat kongsi kereta biasa. Haiwan yang dibenarkan menaiki RydePet termasuk anjing, kucing, arnab, kura-kura, hamster, burung dalam sangkar dan ikan dalam mangkuk atau beg plastik.

Sebagai menandakan pelancaran percubaan GrabPet di Singapura, Grab akan mendermakan S$3 daripada setiap perjalanan GrabPet kepada Persatuan bagi Pencegahan Penganiayaan Haiwan (SPCA) Singapura sepanjang bulan depan.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan