Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Grab perkenal ciri baru beri penumpang masa anggaran tiba di destinasi

Kebanyakan pengguna Grab tidak lama lagi boleh mendapatkan anggaran masa tiba di destinasi sebelum membuat tempahan khidmat kereta sewa itu. Syarikat itu juga mengumumkan pada Isnin (1 Jul), perubahan akan turut dilakukan ke atas khidmat kereta kongsi GrabShare.

Anggaran Waktu Membaca:
Grab perkenal ciri baru beri penumpang masa anggaran tiba di destinasi

Gambar fail logo Grab. (Gambar: Kham/Reuters)

Diterbitkan : 01 Jul 2019 11:03PM Dikemas Kini : 01 Jul 2019 11:05PM

SINGAPURA: Kebanyakan pengguna Grab tidak lama lagi boleh mendapatkan anggaran masa tiba di destinasi sebelum membuat tempahan khidmat kereta sewa itu. Syarikat itu juga mengumumkan pada Isnin (1 Jul), perubahan akan turut dilakukan ke atas khidmat kereta kongsi GrabShare.

Salah satu perubahan itu termasuk menyediakan dua pilihan kepada pengguna GrabShare ketika mereka membuat tempahan.

Pilihan pertama memadankan penumpang dengan khidmat kereta sewa dengan serta merta manakala pilihan yang baru pula memerlukan pengguna untuk menunggu sehingga lima minit sebelum mereka diperuntukkan sebuah kereta sewa.

Pada masa itu, menurut Grab, sistem GrabShare akan mengoptimumkan laluan perjalanan dengan "dari mula lagi memadankan perjalanan para penumpang dengan penumpang yang lain".

"Dengan ciri-ciri baru ini, pilihan baru itu akan mengurangkan membolehkan perjalanan dibuat dengan lebih cekap pada tambang yang lebih rendah," menurut syarikat itu.

"Para pemandu juga akan meraih manfaat kerana ia mengurangkan masa menunggu dan akan menyediakan pendapatan yang lebih terjamin."

Selain itu, kesemua pilihan Grab - kecuali GrabHitch - akan menunjukkan masa anggaran bagi waktu tiba di destinasi sebelum para pengguna menempah khidmat kereta sewa.

Pilihan-pilihan baru di GrabShare. (Gambar: Grab)

Pilihan-pilihan baru di GrabShare. (Gambar: Grab)

Khidmat baru itu akan dilancarkan secara bertahap-tahap mulai 8 Julai.

Perubahan kepada perkhidmatannya itu atas maklum balas daripada penumpang dan pemandu untuk menjadikan khidmat Grab lebih cekap, menurut syarikat berkenaan.

Pertama kali dilancarkan di Singapura pada 2016, GrabShare membolehkan penumpang berkongsi kenderaan dan membahagikan tambang manakala para pemandu pula boleh mengambil beberapa tempahan yang dibuat oleh penumpang yang ingin membuat perjalanan ke destinasi yang ditujui.

Khidmat tersebut sudahpun menyaksikan peningkatan 20 pertaus dalam jumlah perjalanan sejak akhir 2018, menurut Grab.

"Kami yakin GrabShare adalah pilihan terbaik untuk para penumpang yang biasanya meluangkan lebih 40 minit menaiki pengangkutan awam dan perlu membuat sekurang-kurangnya satu pertukaran," kata Ketua Negara Grab Singapore Yee Wee Tang.

"Pilihan GrabShare yang baru akan menyediakan nilai lebih tinggi kepada para penumpang dengan perjalanan lebih termampu dan selesa."

Syarikat kereta sewa terbesar di Asia Tenggara itu merancang untuk meningkatkan peluasan dengan mengumumkan minggu lalu bahawa ia sudahpun menerima pelaburan tambahan bernilai AS$300 juta (S$406 juta) daripada pengurus aset, Invesco, sebagai sebahagian daripada rancangan untuk mengumpul modal AS$6.5 juta (S$8.8 juta) tahun ini.  

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan