Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Grab bantu penumpang cari lokasi naik kereta sewanya

Syarikat kereta sewa Grab mahu membantu mengurangkan kekeliruan para penumpang yang tercari-cari lokasi untuk menaiki kereta sewa syarikat itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Grab bantu penumpang cari lokasi naik kereta sewanya

(Gambar: Laman Grab)

Diterbitkan : 05 Apr 2019 01:38PM Dikemas Kini : 05 Apr 2019 01:41PM

SINGAPURA: Syarikat kereta sewa Grab mahu membantu mengurangkan kekeliruan para penumpang yang tercari-cari lokasi untuk menaiki kereta sewa syarikat itu.

Ciri-ciri baru 'Venues' menggunakan gambar dan perkataan sebagai panduan untuk menunjukkan arah ke lokasi menaiki kereta yang ditandakan pada peta dalam aplikasi Grab.

Menurut Ketua Pemetaan Grab di Asia Ajay Belusu, masalah itu sudah menyebabkan masa menunggu yang lebih lama serta pembatalan tempahan.

Beliau menambah bahawa secara purata, masa menunggu boleh meningkat sebanyak 5 hingga 15 peratus, manakala kadar pembatalan juga lebih tinggi.

Grab mendapati bahawa masalah itu bukan sahaja menjejas para penumpang, tetapi juga para pemandunya.

Ciri-ciri baru itu akan dilancarkan di pasaran Singapura dan luar negara mulai 9 April dan akan berfungsi sepenuhnya menjelang pertengahan bulan ini. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan