Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

'Glamping', 'glampicnic' kini ditawarkan di Jewel sempena cuti sekolah hujung tahun

Jika anda sudah mula naik jemu bercuti di dalam negeri atau ‘staycation’ di dalam bilik hotel, mungkin anda boleh menimbangkan untuk bermalam di dalam khemah pula, lebih tepat lagi 'glamping'.

Anggaran Waktu Membaca:
'Glamping', 'glampicnic' kini ditawarkan di Jewel sempena cuti sekolah hujung tahun

Nikmati pengalaman 'glamping' dalam awang-awangan di Jewel Lapangan Terbang Changi. (Gambar-gambar: Lapangan Terbang Changi)

Diterbitkan : 18 Nov 2020 09:55PM Dikemas Kini : 18 Nov 2020 10:23PM

SINGAPURA: Jika anda sudah mula naik jemu bercuti di dalam negeri atau ‘staycation’ di dalam bilik hotel, mungkin anda boleh menimbangkan untuk bermalam di dalam khemah pula, lebih tepat lagi 'glamping'.

Khemah yang dimaksudkan bukanlah sebarang khemah, tetapi khemah yang dihias rapi untuk menawarkan pengalaman penuh glamor yang menakjubkan.

Bahkan anda tidak perlu memasang khemah sendiri.

Nikmati pengalaman 'glamping' dalam awangan di Jewel Lapangan Terbang Changi. (Gambar-gambar: Lapangan Terbang Changi)

Dalam catatan Facebooknya pada Selasa (17 Nov), Lapangan Terbang Changi mengumumkan pelancaran pengalaman dan kegiatan baru yang akan ditawarkan pada hujung tahun ini sempena cuti sekolah hujung tahun, termasuk percutian dalam khemah atau ‘glampcation’ di Jewel Lapangan Terbang Changi.

Anda boleh memilih antara dua lokasi bagi pengalaman percutian serba unik ini – di Cloud9 Piazza atau Shiseido Forest Valley.

GLAMPING DI AWANG-AWANGAN

Bergantung kepada pengalaman glamping yang dipilih, anda akan disediakan dengan katil dan waktu daftar masuk serta tempat mandi berbeza.

Bagi pengalaman Glamping in the Clouds atau Glamping di Awang-Awangan, anda boleh menatap pemandangan air terjun buatan Rain Vortex apabila bangun tidur kelak.

Ia menyediakan katil ratu (queen-sized bed) dan katil bujang (single bed) dengan pilihan untuk menambah katil jika terdapat lebih daripada dua tetamu dalam sesebuah khemah glamping.

Anda juga boleh menggunakan kemudahan di Changi Lounge untuk mandi.

Waktu daftar masuk adalah pada 7.00 malam dan anda perlu mendaftar keluar pada 10.00 pagi keesokan harinya.

Kedua-dua pilihan di Cloud9 Piazza mahupun Shiseido Forest Valley menawarkan keistimewaan lain seperti tiket-tiket untuk melanggani daya tarikan seperti Canopy Park dan Changi Experience Studios serta tempat letak kereta percuma.

Pengalaman glamping ini berharga S$320 semalam dari Isnin hingga Khamis, dan S$360 setiap malam dari Jumaat hingga Ahad, cuti umum dan pada malam cuti umum.

Harga khas S$288 sempena pelancaran awalnya ditawarkan bagi penginapan antara 23 hingga 26 November.

'BERKELAH' DALAM KHEMAH

Jika anda tidak berhasrat untuk menginap semalaman, anda boleh mengikuti pengalaman ‘Glampinic in the Clouds’ atau Berpiknik di Awang-Awangan.

Anda boleh membawa makanan sendiri untuk dinikmati dalam keselesaan khemah glamping anda yang berhawa dingin.

Anda boleh berkelah pada siang hari dalam khemah 'glamping' di Jewel Lapangan Terbang Changi.

Ada dua slot selama tiga jam setiap satu yang ditawarkan setiap hari: dari 11.15 pagi hingga 2.15 petang dan 3.00 petang hingga 6.00 petang.

Perkakas seperti ruang hidang meja, alas meja, pinggan pakai buang, kusyen tempat duduk dan kotak sejuk dengan ais turut disediakan untuk melengkapi pengalaman 'glampicnic' anda.

Setiap sesi glampicnic berharga S$160 bagi sesi dari Isnin hingga Jumaat dan S$180 dari Jumaat hingga Ahad, cuti umum dan malam cuti umum.

Anda boleh membuat tempahan bagi kegiatan glamping dan glampicnic dari 20 November hingga 3 Januari menerusi lelaman web Changi Airport Group

Sumber : CNA/ZM/zm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan