Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Generasi Perintis, Merdeka masuk percuma Flower Dome setiap Selasa kedua

Golongan Generasi Perintis dan Merdeka rakyat tempatan boleh mengunjungi Flower Dome Taman Di Pesisiran secara percuma pada hari Selasa kedua setiap bulan, mulai Jun ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 14 Apr 2019 09:05PM Dikemas Kini : 14 Apr 2019 09:22PM

SINGAPURA: Golongan Generasi Perintis dan Merdeka rakyat tempatan boleh mengunjungi Flower Dome Taman Di Pesisiran secara percuma pada hari Selasa kedua setiap bulan, mulai Jun ini.

Tawaran selama setahun itu diumumkan hari ini (14 Apr) di acara pembukaan Bayfront Plaza - sebuah ruang tambahan taman tersebut.

Plaza baru tersebut terletak di sebelah Stesen MRT Bayfront.

Ia mempunyai ruang masyarakat seluas 2,000 meter persegi atau sepertiga saiz padang bola sepak.

Ruang tersebut disediakan secara percuma bagi kumpulan-kumpulan masyarakat untuk menganjurkan acara.

Di sini juga terdapat sebuah taman bertemakan bunga yang diberi nama "Floral Fantasy".

a meliputi empat landskap taman yang mengandungi 3,000 bunga daripada lebih 150 jenis.

Para pengunjung juga boleh menikmati daya tarikan 4D berjudul 'Flight of the Dragonfly'.

Sebuah Taman Aktif di situ pula dijadualkan siap menjelang tahun depan untuk golongan warga tua dan mereka dengan semua keupayaan.

"Kami ingin lakukan sesuatu yang lebih pada tahun ini. Tahun ini juga istimewa memandangkan ia merupakan tahun Dwiabad. Kami mahu mengiktiraf dan menunjukkan penghargaan kami kepada mereka yang telah menyumbang kepada pembangunan negara ini," kata Menteri Pembangunan Negara Lawrence Wong di acara itu. 

Sumber : CNA/UR/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan