Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Gemar beli pakaian untuk anak anda? Ini antara tip-tip yang harus dipertimbangkan...

Ibu bapa pasti 'geram' dan 'menggila' apabila melihat baju bayi atau kanak-kanak yang comel dan cantik-cantik belaka. Oleh itu, anda pasti tidak fikir panjang dan terus membelinya saja bukan?

Anggaran Waktu Membaca:
Gemar beli pakaian untuk anak anda? Ini antara tip-tip yang harus dipertimbangkan...

Gambar hiasan kanak-kanak sedang bermain. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 19 Sep 2019 11:38PM Dikemas Kini : 19 Sep 2019 11:41PM

BERITAmediacorp: Ibu bapa pasti 'geram' dan 'menggila' apabila melihat baju bayi atau kanak-kanak yang comel dan cantik-cantik belaka.

Oleh itu, anda pasti tidak fikir panjang dan terus membelinya saja bukan?

Bagaimanapun, perbuatan membeli baju tanpa meneliti beberapa kriteria penting hanya akan merugikan anda, atau akhirnya ia mungkin didermakan kepada orang lain.

Untuk mengelakkan anda daripada mengambil tindakan yang merugikan dan tidak berbaloi, apatah lagi harga baju kanak-kanak agak mahal, ikuti tip-tip yang dikongsi oleh Veronna Damani, pengasas label pakaian bayi dan kanak-kanak, Veronna.

Berikut disenaraikan beberapa kriteria wajib yang perlu dipertimbangkan para ibu bapa sebelum membeli baju anak-anak.

1) Fabrik

Ini kriteria utama yang ibu bapa tidak boleh berkompromi. Ini kerana fabrik akan menyentuh kulit si kecil secara langsung. Pilih baju daripada fabrik kapas khususnya untuk bayi, campuran berasaskan kapas dan linen lembut. Jangan beli fakbrik yang mudah mengecut selepas beberapa kali dicuci.

2) Saiz

Tumbesaran bayi mahupun kanak-kanak berlaku agak pantas. Justeru, ibu bapa digalak membeli pakaian yang besar sedikit daripada saiz sebenar. Dengan itu, pakaian dapat bertahan untuk jangka masa yang lebih panjang.

Sentiasalah rujuk kepada carta saiz sebelum membeli, terutamanya ketika membeli secara online.

3) Keselesaan

Si kecil pastinya sedang dalam fasa lasak, gemar bermain dan melakukan pelbagai aktiviti. Justeru, mereka perlu sentiasa dalam keadaan selesa.

Oleh itu, ibu bapa dinasihatkan supaya memilih pakaian yang praktikal, contohnya baju yang mudah disesuaikan mengikut saiz dan mempunyai butang untuk memudahkan proses menukar lampin.

4) Pakaian harian

Beli yang murah. Tidak perlu berbelanja lebih kerana pakaian ini pasti cepat lusuh kerana digunakan sebagai 'baju basahan'.

5) Rekaan yang tidak lapuk (timeless)

Usah keterlaluan untuk mengikut trend. Ini kerana gaya dan trend berkembang dan berubah pantas. Pilihlah rekaan yang tidak lapuk agar boleh digunakan untuk jangka masa yang panjang. Contohnya baju yang lebih kasual.

6) Kos

Sentiasa memilih pakaian yang mudah dijaga, contohnya yang mudah dicuci menggunakan mesin basuh atau basuhan tangan. Memilih pakaian yang memerlukan penjagaan khusus seperti cucian kering hanya akan meningkatkan kos perbelanjaan.  

Sumber : Agensi berita/NA/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan