Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Gelang bijak khas dilengkapi teknologi GPS untuk semua jemaah umrah

Jawatankuasa Kebangsaan bagi Haji dan Umrah Arab Saudi kini memperkenalkan gelang tangan khas buat para jemaah.

Anggaran Waktu Membaca:
Gelang bijak khas dilengkapi teknologi GPS untuk semua jemaah umrah

(Gambar: Ahmad Al-Rubaye/AFP)

Diterbitkan : 16 May 2019 12:54AM Dikemas Kini : 16 May 2019 12:56AM

MAKKAH: Jawatankuasa Kebangsaan bagi Haji dan Umrah Arab Saudi kini memperkenalkan gelang tangan khas buat para jemaah.

Menurut laporan Saudi Gazette, gelang tersebut dilengkapi dengan teknologi GPS dan mengandungi semua maklumat peribadi jemaah termasuk nama, tempat penginapan dan peta untuk memberi panduan kepada mereka semasa perjalanan mengerjakan umrah.

Ketua Pegawai Eksekutif jawatankuasa tersebut, Encik Mohammed Bin Badi, berkata gelang itu akan diberikan kepada semua jemaah umrah setibanya mereka di tanah suci.

Menurut Encik Badi, gelang tersebut akan menyimpan semua maklumat peribadi jemaah, pergerakan mereka dan GPS untuk membawa mereka ke tempat penginapan, hospital, pusat kesihatan dan kemudahan penting lain di Makkah dan Madinah.

Beliau menambah dengan bantuan gelang tersebut, para jemaah boleh berhubungan secara langsung dengan pihak kecemasan di Arab Saudi, lapor Saudi Gazette.

Encik Badi berkata jawatankuasa itu sedang kekal berhubungan dengan sebuah syarikat China untuk memberikan pihaknya spesifikasi gelang yang dibuat oleh firma berkenaan.

Selain itu, menurut Encik Badi, jawatankuasa tersebut juga sedang berusaha untuk mencari huraian kepada masalah bagasi para jemaah. Ia sedang mempertimbangkan untuk mengambil khidmat sebuah syarikat pengangkutan bagi mengangkut bagasi jemaah dari waktu ketibaan mereka hingga tempat penginapan.

Saudi Gazette juga menukil Encik Badi sebagai berkata bahawa jawatankuasa berkenaan sedang memikirkan penubuhan pemegang saham syarikat perkhidmatan umrah untuk meningkatkan perkhidmatan yang diberikan kepada jemaah haji. 

Sumber : Agensi berita/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan